Thursday, 17 September 2015

Past Life Review

Assalamualaikum

Well well.... Tak pernah tepikiaq  aku akan update blog lagi. Almost setahun++ dah tinggalkan dunia blog bagai ni. Tetiba rasa nak update. Baca balik kisah kisah lama diri sendiri rupanya banyak dah luka luka hidup yang dah bejaya aku tempuh. Kuat jugak aku ni. Nampak ja kuruih. Strong enough, still standing. Ecehhh 

Preview moment hidop Raziellia setahun++ yang lalu ~~~

1 Julai 2013: aku start internship aku dekat Jambatan Kedua Sdn. Bhd. Elaun banyak keja banyak. Supervisor garang. First day dah kena buli. Rasa macam nak teriak. Macam tak boleh tahan nak hadap 10 weeks kat sana. Tapi sebab kawan ramai, lepas kena marah dengan supervisor pi ber hu-ha-hu-ha dengan internmate hilang rasa sebak. Banyak ilmu, banyak pengalaman and banyak memori



23 Disember 2013: aku dah habeh perbentangan final projek 1 aku. Perghhh cuak dia jangan cakap sebab dapat panel Dr. Yuhyi. Sapa ja budak budak UMP tak kenai Dr. Yuhyi yang susah nak bagi markah tu. Dia cakap dia tak paham aku present apa. Hahaha



Date not remembered: dinner kali terakhir sebagai student di Universiti Malaysia Pahang. Teringat lagi gigih semua kawan kawan cari baju shatekk shatekkk nak pakai untuk malam tu. Macam macam preparation buat macam nak pi kawen. Hmmmm akulah tu. Selagi tak dinner ada saja accessories nak tambah. Gelang la makeup la. Well girls will always be girls.




Date not remembered: done viva presentation. Maksudnya hidop sebagai student bakal tamat tak lama lagi. Ya Allah lega tak terkira. Penat lelah tak tidoq malam buat projek akhir bakal tamat. Pernah rasa tak tidoq tak lena sebab dok pikiaq macam macam masalah. Aku la tu. dekat seminggu tidoq dok tejaga tengah pagi sebab dok hadap projek akhir tahun tu. phewwww




Date not remembered: farewell pakatan wanita. This part was very saddening. Ni kali terakhir keluaq berjimba dengan kawan kawan terpaling baik sepanjang aku di UMP. Depa ada waktu aku susah senang. Dok dengaq drama ayaq mata sedih putuih cinta aku. Depa dok bagi semangat. Kalau susah cari ja depa. Memang ada tak penah hilang. Sampai la ke sekarang. Masih berhubung. Cumanya susah nak jumpa. Masing masing dah jadi wanita bekerjaya. Makin kaya. Aku sayang ampa dunia akhirat weh !



27.9.2014: aku dah habeh buat degree !!! Yahooooo. Tapi aku still jadi student. ZzzZzzzz. Aku dah mendaftar buat master kat UKM pulak. Sebenaqnya malaih lagi nak jadi student balik. Tapi sebab si ayah kesayangan nak sangat tengok aku sambung master.



11.10.2014: secara rasmi tamat Degree in Civil Engineering di UMP. Today is my day. My convocation day. Happy wehh konvo. Syiokkk !!! Eventhough result aku tak la secemerlang yang lain tapi mak ayah masih berbangga dengan aku. Can't wait for my second jubah day soon.





10.11.2014: aku dah jadi seorang pekerja. Seorang pekerja, seorang student. Ishhhh aku takla keja baguih pon. Just kerani kat firm peguam. Aku keja pon sebab kelas aku memang ada time sabtu ahad ja. So isnin sampai jumaat yang free tu aku keja. Nak jadi engineer takut diri tak mampu nak catchup study dengan keja. Well at least keja dapat jugak duit poket



9.8.2015: selesai presentation final projek versi master kat UKM. Totally different time degree dulu dengan time master. Student student master semua dah ada pengalaman. Yang selalu terkontang kanting time presentation tu aku la. Masih terbawak bawak stail degree muda muda dulu mungkin. Hahaa. But apa apa pon this is my first time dapat pujian presentation bagus dan panel paham. Uishhh time degree dulu tak penah woihh aku kena puji bagai.



So setakat tu ja la kot preview pasal life aku. Aku cerita yang aku rasa best ja la kan. Nak cerita semua mau panjang sampai muntah ampa semua baca.

Makin meningkat dewasa makin banyak la pengalaman pahit manis kita. Well aku pon dah 24 tahun. Hahaha dah tua dah rasa. Kawan aku banyak dah kawen beranak pinak. Aku masih sama. Masih student. Takpa rezeki orang lain lain. So chill. Lagi satu semester nak tamatkan master. wish me luck guys ! 

Saturday, 18 January 2014

rainbow cake

Assalamualaikum :)

haritu tu tu ada buat kek pelangi. lama sangat dah buat. masa cuti tengah sem dulu. rajin terlebih maka terjadilah kek pelangi 7 lapis. ehh yelah pelangi kan ada 7 kaler. cuma kaler tak ikot kaler pelangi ja. ni kaler pelangi buatan sendiri. ehek


tadaaaaaa. hasil tangan miss Raziellia Nor Saafri. first time buat kek pelangi ni or maybe akan jadi kali terakhir buat. sebab kita ni tadek la rajin benornyee nak buat. kek ni renyah kemain. hanya orang yang sabaq lagi tabah yang mampu buat. kena masak kek ni layer by layer. ponat eden 


kau tengok topping kemain nak curlasss. last last serabut perut ja tengok. berat nanang ! part nak buat topping paling kita tak suka. tengok dalam utube kemain senang ja nak ratakan. nak smoothkan krim kek tu. bila diri sendiri buat aigoooooo rasa nak give up. makan kek tanpa krim dia haaa. tapi dah alang alang buat biaq sampai habeh. kang tadek krim dia sapa nak makangnya wehhh. siap taboq rice kaler kaler, tambah bunga bunga nak nampak lawa. ecehhh 


disebabkan kita baru first time buat plus oven rosak jadi kita buat secara kukus. makanya kek ni siap setelah 12jam berlalu. kemain lama lagi. kita buat kek ni layer by layer. then sejukkan dulu baru lapiskan cheese diantara layer tu. pastu hias lah ikot suka kome. well kita rasa kan kek buat secara kukus lagi senang dari baked sebab kalau kukus tayah risau kek hangit. herherher. 


korang korang kaum hawa tu try la buat jugak. buat sekali seumur hidop. kang kalau rasa senang buat la berkali kali. bole buat untuk encik suami. buat untuk birthday anak anak pon okehh. ceh kita cakap serupa orang dah belaki :P

p.s : tengok kek sendiri ni pon jadi teringin jugak wehhh eh !

Thursday, 26 December 2013

This is life :)

Assalamualaikum 

Maybe......... we are supposed to meet the wrong peoples before meeting the right one.
So, when we finally meet the right person, 
we will know how to be grateful for the gift.

Maybe.......... you should dream what you want to dream,
Go where you want to go,
be what you want to be,
Because you have only one life
One chance to do all the things you dream of and want.

Maybe........... giving someone all your love is never an assurance that they will love you back.
Don't expect love in return.
Just wait for it to grow in their heart.
But, if it doesn't ,
Be content that it grew in yours.

Maybe.......... you shouldn't go for looks,
They can deceive.
Don't go for wealth,
even that fades.
Go for someone who makes you smile,
Because it takes only a smile to make a dark day seem bright.
Find the one that makes your heart smile.

O ALLAH, please meets me to those people who mean something to you,
To those people who have touched my life either positively or negatively,
To those who can and do make me smile when I really need it,
To those who make me see the brighter side of things,
When I am are really down.........

Thursday, 6 December 2012

silly mistakes !

Assalamualaikum

dangggg ! lepas lepas hantaq kertas test RC tadi aku dapat taw aku buat salah. SILLY MISTAKES ! hate it. benci benci benciiiiiii. silly me. bodoh gila kesalahan tu. masalahnya kalau salah sikit takpa. ni dah salah and it will affect semua jalan kira yang aku dah buat tu. means that salah from the beginning and i lose every single thingsss. 

ni la padahnya sebab excited tengok soalan gila punya senang. dapat dapat soalan tengok senang and me like yeayyy senang. cepat cepat buat nanti tak cukup masa. langsung tak fahamkan soalan. lastly salahhhhhhhhh -__-'

dapat kosong kah aku nanti. Ya Allah mintak dijauhkan. taknak mengulanggg. taknak taknak :(

tapi kawan aku nasihatkan aku tengok dari sudut positif. kalau aku salah sekarang semoga nanti aku takkan buat salah yang sama time final exam nanti. hope so. 

semoga Allah bukak pintu hati penyemak kertas test aku. bagi markah kesian. hehe

p.s : kalaulah masa boleh patah balik, sumpah aku baca, teliti soalan tu betul betul :(