Wednesday 29 August 2012

laksa oh laksa

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

tetiba aku curious sangat sangat pasal laksa ni. ya la kan. banyak sangat jenis jenis laksa ni. banyak gilaaaa. yang buat aku tertanya tanya sangat tu apa beza kesemua laksa laksa tu. yang aku taw laksa penang ja la sebab aku orang penang. mak aku selalu buat laksa penang ni ja la. 

so disebabkan aku tak suka rasa curious membelenggu hidop aku, aku pon google google la supaya aku dapat taw jawapan dia. hehehe. rajin bebenor aku nih.

aku takda la nak cerita cara buat laksa laksa ni. aku nak tunjuk saja apa yang membezakan laksa laksa ni. yang nampak dari mata kasaq sajalah. kalau nak teliti betoi betoi resipi dia jenuh aku. banyak kot laksa dalam mesia baq hang.

LAKSA PENANG.
kalau ikot mata kasaq aku la kan. laksa penang dapat dikesan bila laksa tu makan dengan salad, daun pudina, nenas dan teloq. so, hangpa semua setuju dak ??

LAKSA JOHOR.
kalau laksa johor pulak dah terang terang nampak dia tak guna laksa. dia guna spageti. pastu dia punya kuah macam kuah kari pon ada. sebab aku tengok resipi dia, dia ada guna serbuk kari daging. so yang tu la bezanya. kan kan. so simple XD

LAKSA KUALA PERLIS.
yang ni pulak sebab laksa dia makan dengan daun sup dan daun bawang kot. aku tak sure sebab aku tak jumpa salasilah laksa kuala perlis ni. sesapa tolong akuuu !!!

LAKSA KELANTAN.
masa google google depa cakap beza laksa kelantan sebab kuah dia putih. pastu dia cakap lagi laksa terengganu pon lebih kurang ja macam laksa kelantan. betoi dak sangkaan aku nih ?

LAKSA SARAWAK.
laksa sarawak bukan macam laksa yang lain sebab kuah dia tak buat guna ikan pon. kuah dia guna perencah laksa sarawak *ok aku tak penah taw pon ada perencah kuah laksa sebelum ni* pastu ada ayam dalam kuah dia. ok, aku terasa sangatlah pelik. huhu

LAKSA TERENGGANU.
laksa terengganu macam yang aku cakap tadi almost the same macam laksa kelantan. kuah dia warna putih sebab ada santan. pastu makan dengan belacan. 

LAKSAM.
yang ni pon senang ja nak tangkap beza dia guna mata kasaq. dua punya mee tu bukan laksa. aku tataw la apa kenama mee dia tu. tapi yang pasti dia almost macam kuey teow tapi dalam kedudukan yang berbeza. mee dia ni begulung gulung. makan terus cedok seketoi seketoi. 

okeh done dengan cerita laksa. seyesly susah jugak nak cari beza laksa laksa ni. naik tension jugak aku. aceli banyak lagi laksa aku rasa. tapi disebabkan aku rasa susah sangat nak cari bezanya aku pon stop. kahkahkah. 

adiosssa~~~

p.s : dem ! tetiba lapaq laksa. laksa penang yang mak aku buat. yummeh !

Tuesday 28 August 2012

sejam di FULL HOUSE

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

wassup wassup. selamat hari rayaaaaa.. ini sangatlah teruk. orang siap dah habes puasa enam aku baru nak wish selamat hari raya. hehehe. 

aku malas nak buat entry raya sebab raya ni aku rasa sangatlah worst. the worst raya ever. sebabnya baju raya mak aku tak sempat nak siap. nak begambaq pon tak feel sebab baju mak aku lain dari yang lain. dah tak sedondon. puiiii. ehh btw, tailor yang jahit baju raya mak aku tu adalah mak aku sendiri. haha ! so aku cerita ajelah event selepas raya. pon bolehhh. 

tadaaaaaaa !!!!!


ni adalah restoran yang bernama full house. dah awat, ingat full house ada kat korea sajorh. eh! sapa tak kenal dengan restoran full house ni kan. restoran yang berkonsepkan ala ala korea dan bertemakan warna putih secara keseluruhannya.


kat penang restoran ni ada kat times square. oh, hendaklah hangpa semua taw yang times square kat penang ni tak la se'gah' times square kat kuala lumpoq sana. seyes kalau hangpa sampai sini menyesai gila. apa pon takdak. bosan gila baq hang. macam mana la depa hidup kat times square ni. tadak life langsung.


ketahuilah jugak bahawa kami pi full house ni semata mata nak ambik gambaq banyak banyak. so kami minum air saja. sebab kalau tak beli apa apa takle masuk pulak kan. tapi air dia pon mahai. rasa besa saja. macam air kat bazar ramadhan pon ada.


lepas dapat air minum suku gelas terus biaq air tegedang atas meja dok pi bergambaq sakan. muka tataw malu semua. nasib baik pekerja pekerja dia semua sporting. memahami betoi.



pastu enn nak taw satu cerita dak. lepas pulun dok tangkap gambaq sana sini. duduk tempat nak posing posing kat tempat duduk baru terperasan full house ni ada jugak juai alcohol jugak. so ni akan menjadi kunjungan pertama dan terakhir aku kat sini. bye !

p.s : nanti nk pi cari kedai makan cantik cantik lagi :)