Tuesday 27 November 2012

durian crepe nyummehh nyummeh !!

Assalamualaikum 


sekarang dah jadi trend dah kat fb laaa kat twitter la semua orang dok pakat pakat nak upload si durian crepe ni. woiiii menduga betoi la. asal tengok gambaq meleleh air liuq. asal tengok gambar meleleh air liuq. susah laa macam ni. 


aku dah la hantu durian. suka gila gila durian kot. kalau bagi aku sepuloh bijik durian pon aku boleh habes sorang sorang. tapi sayangnya durian mahal. kalau beli pon sikit sikit ja. opppsss. temelencong ke cerita lain pulak. ok ok berbalik ke cerita asal. pasal durian crepe


rasanya kalau sapa sapa yang makan durian mesti teliur nak mencuba benda ni dan mestinya makhluk makhluk yang suka teramat dengan durian dah pon mencuba benda ni kan. sedap kan sedap kan ?


rasanya dia ya Allah sedap tak terkira. rasa durian yang creamy. yummy yummy. durian crepe ni luar dia tu tepung yang bancuh dengan ramuan dia jadi macam kulit kuih ketayap tuu. pastu inti dia durian dengan whipped cream. sebab tu dia punya rasa durian yang creamy creamy. ishhh. sedapppp sangat *meleleh air liur* @.@


kalau beli dekat shopping mall tu mostly ada yang 6bijik 10ringgit ada yang 4bijik 10ringgit dan ada jugak yang 3bijik 12ringgit. disebabkan aku ni kuat makan dan aku rasa amount yang dijual tu sikit aku penah buat sendiri. jimat. dapat 30bijik lagi. hambekkk kaw. makan sampai muntah.

disebabkan aku excited sangat buat durian crepe ni aku lupa nak captured gambaq gambaq durian crepe aku tu. tapi takpa. aku dah merancang yang cuti sem nanti aku nak buat lagi and aku nak kongsi resepi dia kat sini. aceli bukan resepi aku. google google lan kan. mihmihmih

adios ~

p.s : dok kat UMP ni susah benor nak dapat durian crepe. haishh -__-'

Saturday 10 November 2012

ya Allah engkau maha mengetahui

Assalamualaikum

dah bejuta kali aku cakap kat diri sendiri jangan layan dia. mula mula aku mampu untuk tak layan dia. tapi at last aku kalah. 

banyak kali aku cakap kat diri aku sendiri dia tak sayang aku dia tak suka aku. tapi still kenapa aku nak jugak ke dia tu. bodokah kau ni liya ?

dan banyak kali jugak lah aku yakinkan diri aku dia bukan untuk aku. tapiiiiii.......

awat susah sangat aku nak buang perasaan sayang aku dekat dia. makin nak jauh makin dekat pulak rasa. makin tak nak ingat makin rindu pulak jadinya. aduhhhh

Ya Allah, engkaulah maha mengetahui. kuatkan hati aku. tabahkan hati aku :')


" Ya Allah, seandainya kau catatkan dia milikku, satukanlah hatinya dengan hatiku "

p.s : kalau hang rasa hang tak pernah ada perasaan sayang tu dekat aku, aku harap hang layan aku macam hang tak sayang aku noh. aku tak nak beharap dekat hang. aku tak nak hati aku tersalah tafsir dengan layanan hang tu. peace yooo !

Friday 2 November 2012

jj kimbab @ kuantan

Assalamualaikum


haritu ni memang teringin sangat nak p makan kat kedai ni. pastu tetiba kawan aku pulak ajak p. memang tak tolak la aku kan. ikot ja. cari punya cari tapi tak jumpa. sesat. tapi disebabkan keinginan yang membuak nak p makan kat sini telepon habes semua kawan kawan yang taw suruh bagi direction nak p kedai ni. dengan kesabaran yang menggunung yeayyyy akhirnya smpai jugak kami kat sana. syabas !


abaikan muka exsited dahku itu. aku nak tunjuk tempat masak tu ja. yup ! kat setiap meja ada tempat masak tu. macam kat kedai makan steamboat tuuu. punya lah exsited kami semua tengok menu nak pilih makanan yang boleh guna benda alah tempat masak tu. lama jugak dok teliti menu. bukan apa sebab kami semua first time mai makan sini. so memang clueless la nak makan apa. tengok gambar makanan. nampak sedap ambik. nampak menarik order. hihihik


tadaaaa. ni namanya kimchi beef stew. maafkan aku kalau nama dia salah. eceli aku dah lupa nama makanan ni. tapi aku ingat la nama makanan ni ada stew dibelakangnya. hehe. ni lah padahnya bila tengok gambar makanan terus order. asalnya dalam gambar aku nampak macam makanan ni penuh dengan cendawan but makanan ni dia penuh dengan taugeh. ohmaiiiiiiii. sampai ja makanan ni dekat meja nak pengsan aku tengok. aku tak makan sayur and yang penting aku paling benci taugeh. waaaaa. stresss. aku cuma makan daging dengan tauhu ja. nasib kuah dia sedap.


ni pulak kimchi. yucks ! aku tak suka. pertama sebab dia sayur kedua sebab dia sangatlah masam. tak suka tak suka. aku makan satu ja. lepas tu aku tak makan dah. ok sangat membazir disitu


sangat teruju bila tengok nasik dia dihidangkan dalam mangkuk kecik ni. well aku susah jugak nak makan dalam mangkuk kecik ni. aku orang melayu bukan orang korea. haha


at last ada jugak makanan yang aku suka. this is my favorite. saya sangat suka ini. sedapppppppp. ni nama dia toppoki. dalam semua semua makanan yang kami order yang ni ja menepati citarasa aku. yang lain tak pon. so sadddd

so the moral of the story kalau nak order makanan tu at least kena tahu dalam makanan tu ada apa. kang takda la keciwa dikemudian hari.

lepas ni aim nak makan dekat sini lagi. makanan yang dipilih adalah bulgogi. :)

owwhh. aku baru tahu yang kimbab tu adalah sushi. kimbab adalah panggilan sushi dalam bahasa korea dan sushi ada panggilan sushi dalam bahasa jepun. ehh noobnya aku kerana baru tahu. haha

p.s : mohon tasha ajak aku p makan kat sini lagi