Tuesday, 29 November 2011

berjimba-jimba

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

wahhhh... hari ni hari isnin and hari ni hari cuti. ye dakkk.. and dah terlaksana la hasrat aku nak keluar dengan kawan kawan aku. yeayyy !!! goal reached. memang berjimba habis aku dua tiga hari ni. nasib takdak keja terbengkalai. cuma sedih jugak sebab langsung tak study cuti ni. lagha kan aku. tskk.

haa.. ni la muka si driver untuk hari ini. serious gila tima bawak keta kan. berhemah betul ! plus dia ni amator. hujan pulak tu kan. muka ketat ja time bawak keta tu. ni kira ok la time siang. time malam sampai tak senang duduk. sebab silau lampu keta lain pulak. jalan harammmm tak nampak. main bedal bawak ja. berani nak mampos ini budak and berani nak mampos sapa yang naik dengan dia ni. hehe

member of the day. meh tinjau sat ! meh meh. mari dekat 
yang si lelaki tu juga merangkap orang yang tolong snap ohsem ohsem picture of the day namanya jubrey. kawan aku dari sabah. bawak dia sekali sebab nak gunakan dia jadi photographer ja pon. ahaha. yang tudung hitan putih tu aku lah. takkan tak kenal kot. marah ni ! hee. baju biru fatin. yang pakai tudung bawal tu fifi.*ramai peminat budak nih* and last sekali linda.

janji pukul 10 tapi pukul 10.30 baru gerak. dah taw dah kami semua ni. orang panggil lengai. dari malam taknak get ready. bila dah nak pegi baru tegedik gedik nak siap nak kemas barang nak seterika baju. tu la aku dengan kawan kawan aku. haha.

kami semua p mandi sungai weh. jangan jeles. siap bekelah kelah lagi. 

kami semua tak rancang pon nak p mandi sungai sambil berkelah kelah sambil mencuci mata. malam tu terus buat decision nak p. kami semua ni ada tabiat pelik sikit. kalau rancang nak p mana mana mesti tak jadi. kalau tak rancang smooth ja aktiviti semua jadi. haha


lepas mandi sungai kami semua p kauntan parade plak. kawan aku nak beli shawl. kata nak beli banyak last last beli satu ja. hampehhhh tol ! haha


then kami semua p pantai. banyak gilaa snap gambar kat sini. nah tengok ! dah tak taw nak gebang apa lagi. banyak sangat gambar nak gebang. kehkehkeh




playboy ! opppsss. haha




apa apa pon memang enjoy kalau dapat keluar dengan kawan baik kan. sukaaaaaa !!! nanti kita kelaur ramai ramai lagi ehh..

liya cakap : pening susun jadual untuk sem depan -_____-'

Sunday, 27 November 2011

family day pekasa :)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

kan aku dah cakap. kalau cuti boleh la nak update blog tiap-tiap hari. kalau dah start belajar harammm la aku nak update blog hari hari. nak jengah blog sendiri pon kadang kadang susah jaa.. isk aku ni asyik beletiaq ja kan. hahaha. 

meh nak cerita sikit ni. semalam aku pegi family day anjuran faculty aku also known  as family day pekasa. well pekasa tu stand for aku punya faculty name lah. fakulti kejuruteraan awam dan sumber asli. 

family day yang not too bad not too good.. haha. takdak la bosan sangat and takdak la best mana pon. kira tengah tengah la. boleh la nak enjoy lepas lepas test yang berlalu. cewahhhh. lokasi family day ni kat cherating. dah memang lama aku mengidam nak pegi cherating and finally dapat jugak la aku p sana.

ehhh. nak bagitaw yang aku nak update ni laju laju ja. aku nak tengok movie pulak lepas ni. hehe. aku nak bagi hangpa semua tengok gambar ja. banyak gambar berjaya di ambil. nak letak semua kat sini muntah darah pulak hangpa semua tengok kan. kalau boleh memang nak letak semua gambar tu kat sini. tapi takpa la. tengok la yang mana patot ja. hehe.




















ni gambar yang paling aku suka. hasil gambar ni nampak macam guna dslr yang mahal tu beb ! tapi sebenarnya aku pakai camera biasa ja kot. camera digital yang biasa tuuu.. hehe

yang penting p aktiviti ni aku dapat la kenai orang orang baru dengan macam macam kerenah. and yang penting dapat habiskan masa aku dengan bestie aku.

liya cakap : sayang kawan kawan saya yang tiga orang tu ketat ketat. thanks fifi, linda and atin sebab tahan dengan perangai aku yang kadang kadang mulut pedas ni. frenforever !

Tuesday, 15 November 2011

quote of the day #2

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Sunday, 13 November 2011

quote of the day #1

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Saturday, 12 November 2011

untuk gegurls kat luar sana :)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

sumber : cilok dari fesbuk kawan

liya cakap : kita semua cantik cantik belaka. syukurrrr :)

perempuan memang macam ni kot

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

yuhuuuuuu. entry lewat  malam nih. esok dah nak balik uni kecintaan. entah bila tahun pulak la baru dapat nak update blog macam sekarang ni. entah entah tunggu cuti lagi baru nak update balik. aku kalau dah balik uni memang malas dah nak update blog. time nak tengok buku pulak. cewahhhh. sembang lebat nih. haha
yelahhh dekat rumah cuti buku tak sentuh langsung. balik U jangan sentuh lappy pulak. ayokk. tipuuu.
sentuh lappy study takpe. sentuh lappy online tak boleh ! kahkahkah

tetiba aku rasa nak menaip pulak. and tetiba jugak la idea nak tulis pasal tajuk ni menjelma. bagus. good timing la otak aku ni. haha. hangpa pernah tak ada kawan yang pentingkan gila pakwe dia ? or hangpa yang macam tu. haaaa. ada tak ada tak ? 

maksud aku kat sini macam bila makan cakap pasal pakwe dia. nak mandi cakap pasal pakwe dia nak berak pon cakap pasal pakwe dia. kira macam 24/7 pakwe dia ja memanjang. hot topik la. hot topik untuk dia kot. sampai kekadang tu hangpa pon naik cemuih la. 

aku ada jugak la kawan kawan yang macam ni. kira ada la dalam dua tiga orang. pastu depa ni pulak asyik nak menangkan pakwe depa ja. sampai kalau pakwe depa buat salah pon dah tak nampak. susah jugak kan macam ni. 

and even worst sampai ada time tu dengan kita si bestfren kawan dunia akhirat ni pon boleh jadi gaduh bermotifkan si pakwe dia tu. 

boleh hangpa nak ada pakwe. tak salah aihh. tapi tak adil la untuk kawan kawan yang mulia macam aku ni. kadang kadang sampai nak ajak keluar pon dah takdak masa. sebab nak keluar dengan pakwe la kata kan *ehh aku jeles ka ni * 

tapi hangpa kena ingat. kawan sampai mati taw. kalau kapel belum tentu lagi. ada ja orang lepas kapel boleh jadi kawan. tapi tak ramai kot. 2 nisbah 10 ada la kot kan. 

pastu bila hangpa ada problem kawan jugak yang hangpa cari. tambah tambah kalau ada problem dengan pakwe tu. baru tegedik gedik nampak kawan yang sebatang kara ni. hakkktiuuu. nasib baik aku baik. haha

aku tak kisah pon kalau kawan kawan aku buat macam ni. sebab dah lumrah kot. cuma aku nak ingatkan diri aku jangan buat macam ni. tak manis untuk sesetengah pihak rasanya.

kalau hangpa buat hangpa tak rasa ka yang hangpa ni macam kacang lupakan kulit. *sesuai taktaw peribahasa yang aku guna nih ?* bila senang tinggal tinggalkan. bila susah terhegeh hegeh nak carik cait !

ok bye ! dah cukup dah beletiaq kat sini. peace !

liya cakap : mood malas nak balik u sudah menunjukkan diri.atoyaiii -___-'

Friday, 11 November 2011

14 signs of your soulmate

Assalamualaikum dan Selamat Sejahera.

ni entry untuk suka suka ja. jangan hangpa dok pandang berat sangat. apaapa pon jodoh kita semua Allah dah tentukan. :)

14. bila hangpa gaduh ka, betengkar ka betikam lidah bagai tapi hangpa tetap tak boleh nak buang dia tu dari fikiran hangpa. kira macam dia sentiasa ada dalam minda hangpa la

13. pastu en bila hangpa begayut malam malam besa la orang dok bekasih sayang la katakan bila hangpa dah abes ja sembang dengan dia lepas letak ja talipon otomatik terus rindu kat dia tu. awww.. 

12. zaman sekarang tipu la kan kalau tak mesej. pastu hangpa simpan mesej dia. pastu dok khatam baca banyak banyak kali. baca ulang ulang tuh. punya suka la katakan. heeee

11. pastu kalau hangpa dating hangpa jalan slowwww ja. biar bole lama lama dengan dia. sebab tu yang dok jalan serupa dok sukat bumi tuh. haha

10. pastu rasa malu ja bila denga dia. tambah tambah kalau dia dok usha usha hangpa. mesti malu. blushing blushing ja muka.

9. pastu jantung hangpa dari dup.......dap............dup..........dap.........terus dupdapdupdapdupdap. paham dak nih ?? kira jangtung hangpa tu berdegup kencang la. hehe

8. pastu kalau dengar suara dia pon boleh buat hangpa senyum sorang sorang. tu baru dengar suara ja tuh. 

7. pastu kalau hangpa nampak dia hangpa tengok dia hangpa dah tak nampak orang lain dah. nampak dia sorang ja la.

6. bila teringat kat dia mula la nak dengar lagu lagu romantik. pastu bila dengar lirik yang best best sikit terbayang diri sendiri pulak.kahkahkah

5. boleh dikatakan 24 jam la hangpa dok pikiaq pasal dia ni. makan mandi tidoq berak semua dok teringat kat dia ja. huuihhh

4. bau dia pon boleh menarik diri hangpa nak dekat dengan dia. kalau bau perfume ok lah. kalau badan macam mana pulak. heee

3. hangpa taw dak bila hangpa tepikiaq ja pasal dia boleh buat hangpa senyum. kadang kadang sampai kita sendiri pon tak sedar yang kita dok sengeh sorang sorang macam kerang busuk.

2. hangpa sanggup buat apa saja untuk si dia. buat apa saja la. kalau ada asaimen betimbun pon still nak tolong buat asaimen dia lagi kan. tapi ingat kalau buat apa saja tu jangan benda tak sepatutnya pon nak buat jugak kot.

1. yang penting bila hangpa baca ja entry ni ada seseorang yang bermain di minda hangpa setiap masa setiap patah yang hangpa baca.

liya cakap : entry suka suka. ni sign ja kot. belum tentu betul. kehkehkeh. tapi betul jugak cakap adik aku. kalau dah suka laki tu memang la ada sign macam ni. kalau dah tak suka dah takdak maknanya sign sign semua ni. tapi bila suka laki lain pulak sign ni pon datang la balik kan -___-'

Wednesday, 9 November 2011

jerawat

Assalamualaikum dan Selamat Sejatera.

wah ni dah masuk entry yang ketiga untuk hari ni. owhhh.. dikala bosan untung jugak ada blog. bosan bosan boleh jugak buat entry entry nak bagi hangpa semua baca kan.

tetiba hari ni aku nak kongsi info sikit dengan hangpa semua. mememandangkan kat muka aku sekarang ni ada seketul encik J yang hensem aku pon tertanya tanya la macam mana la dia bole minat nak menempek kat muka aku ni kan. aku sebenarnya bukan suka pon kat encik J ni. dulu time aku sekolah menengah time form 1 sampai form 4 memang banyak la kaum kerabat encik J kat muka aku ni. macam percutian family encik J plak kat muka aku ni. sampai aku ni malu lah. 

so bila lepas form 4 encik J mula menjauhi aku sampai la sekarang. jarang la nak jumpa encik J kat muka aku. tapi kalau dia menunjukkan diri kemain besaq lagi tu ! geram aihh.. 

so sapa dia encik J tu. tak lain dan tak bukan tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
encik jerawat !!!!!!

aku rasa kalau benda alah ni ada kat perempuan mesti depa tak senang duduk. macam macam produk macam macam cara guna nak halau benda alah ni kan. aku pon macam tu jugak. tetiba ada seketul kat muka ni. dah lama tapi tak hilang hilang. kat dahi pulak tu. adoyaiiiii. benciii !!!!!!

meh meh kita tengok sikit faktor faktor adanya encik J ni kat muka kita. meh ramai ramai

1. faktor hormon la. apa lagi kan. terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur. orang kata. faktor hormon ni merupakan punca utama. betul apa. kalau ikot aku la kan. time nak period tu mula la ada seketul dua. kawan kawan aku pon macam tu. sampai boleh taw la. ada jerawat baru ja kira dekat dah la due nak period tu. hahaha.

2. faktor keturunan. boleh jadi jugak. kalau mak ayah dia ada so kemungkinan dia nak ada pon boleh jugak la. macam family aku semua orang ada jerawat time sekolah menengah. lepas tu hilang abes la. mak aku la kata. heee.

3. kosmetik. haaa. ni memang semua orang taw kot boleh bagi jerawat. sebab tu aku jarang pakai mekap. aku takut naik jerawat. takmau la cekk. kosmetik ni boleh menutup liang minyak. sebab tu yang encik J bekenan sangat tu. tapi kalau nak pakai mekap boleh aihh.. lepas pakai cuci la bersih bersih. 

4. haaa jangan tak taw stress pon boleh bagi jerawat ok. owhhhh. aku baru taw. stress menyebabkan jerawat dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.

5. terdedah kepada asap atau bahan kimia. faktor cuaca jugak mempengaruhi. besala bila kita keluar banyak bendasing yang melekat kat muka kita. kita mana taw. sebab tu lepas balik dari keluar tu mandi cuci muka bersih bersih. jangan main tidur terus.

meh aku kenal kan pulak dengan jenis jenis jerawat. jangan buat tekejut. jerawat pon ada macam macam jenis jugak. cekidaut !!

1. whiteheads - jenis jerawat yang kekal tinggal di bawah permukaan kulit

2. blackheads - jerawat ini timbul ke permukaan kulit dan kehitaman

3. papul - bonjolan kecil berwarna merah jambu yang mungkin berasa sakit jika disentuh

4. pustul - jerawat ini berwarna merah dipangkal dan bernanah dibahagian atas

5. nodul - jerawat yang besar, menyakitkan dan padu yang terdapat didalam kulit

6. sista - jerawat bernanah yang dalam dan menyakitkan dan boleh meninggalkan parut

semua info ni aku dapat dalam internet ja. heeee. kalau ada yang salah tu harap dimaafkan lah yee.
gambar gambar pon ihsan dari encik google je. :)

liya cakap : so kalau tak suka encik J jaga la muka elok elok ye. pastikan muka sentiasa bersih. jangan stress stress. bubye !