Wednesday, 23 May 2012

Billu Barber - Marjaani Marjaani - Shahrukh Khan - Kareena Kapoor

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..


ce try tengok video lagu ni. best wooooooo. haip ! tampar nak ? bukan best sebab depa seksi la tapi sebab lagu ni memang best. pastu kan dia punya tarian best. simple but nice. si kareena kapoor tu segak sunggoh cantik. tegoda aku. haaa. rambut dia tu cantik siot. dah la panjang. lurus. pastu dia menari extreme macam mana pon rambut dok lawa tu la. tak jadi kusut kusut pon. seyesly nak rambut macam tu sangat sangat. 

aku dah berapa kali ntah dok ulang tayang lagu ni kat utube. nak download aku taktaw celah mana boleh download benda alah ni. aku memang jarang download download nih. aku rasa nanti broadband aku habes limit macam tu ja sebab dok tengok video ni saja. sehari lebih sepuluh kali dok ulang. teruk perangan. 

liya cakap : bestnya ada rambut lawa gitu. suka <3

Saturday, 19 May 2012

starving. grrrr

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

semenjak dua menjak ni aku pon tataw lah awat yang aku dok kebuloq doplohpatjam. dulu aku kalau makan nasik satu senduk pon susah nak habes. sekarang ni makan nasik dua pinggan pon boleh habes. dah makan nasik makan pulak roti lah. wafer lah. kalau makan free aku tak kisah. ni berduit beb ! dulu makan sehari plus minus 5ringgit. sekarang susah la nak makan 5ringgit. paling kurang 15ringgit sehari. parah ! dulu antara member member aku, duit aku paling lambat habes. 30ringgit tahan seminggu. sekarang 30ringgit dua hari ja. arghhh. stresssssss !


tadi aku tengah study tetiba dok tebayang pulak sushi dengan tako tao. ahhh sudah. celah mana aku nak korek makanan tu tataw. kat pahang ni sushi ada la. tapi tako tao or takoyaki tak penah aku nampak batang hidung la pulak kan. 


ahhh. perut ni. nak yang bukan bukan. mengidam mengalahkan orang yang mengandung pulak. tengkorak punya perut. dulu baik saja. tak mintak bukan bukan. sekarang bukan main nak makanan jepun pulak kan. aku tak bagi makan baru taw !

ahhh. sedapnya kalau dapat makan tako sotong kurita, tako ayam dengan cheese, sushi yang ada telur ikan tu, sushi tuna. omennnn. i'm craving for sushi and tako. mana nak dapat ni ? nak tunggu balik penang lama benor nak nungunya. haishhh -___-'

liya cakap : ada patot kawan aku kata aku ni "membela" sebab aku makan tak kenyang and tak gemuk. caittt ! tampor nak ?

Thursday, 17 May 2012

rindu mak pulak :(

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


cek rindu mak laaa. acane ni acane ni ?? jauh pulak kan penang dengan pahang. 

cek rindu nak tidoq dengan mak.
cek rindu mak marah sebab cek tak reti masak.
cek rindu nak gosip gosip dengan mak.
cek rindu nak berebut PSP dengan mak.
cek rindu nak tengok mak main game mengalahkan kami anak anak.

alaaaaa. teruk la ni. dah angau sangat nak jumpa mak. lama gila tak dating dating dengan mak. lambat pulak nak bulan 6 kan. nanti cuti 3 bulan nak tidoq dengan mak puas puas. sori ye ayah. cek ganti tempat ayah sat naa. HAHA !

tadi lepas habes test terus tepon mak.

mak : bila ntah kakak balik ? mak rasa lama noh tak jumpa kakak.
aku : bulan 6 cek balik la. dalam 14 or 15 macam tu la.
mak : lambat lagi la macam tu naa.
aku : agak la. lambat jugak la. tapi takpa nanti cuti panjang. 3 bulan oooo.
mak : kakak nanti kakak tangkap la gambaq kakak. send kat mak. rindu boleh mak tengok.

see. see. mak aku rindu gila kat sampai nak ber'mms' bagai. aku taw. mak aku tu bukan apa. baru pandai nak ber'mms' sebab tu cewi nak suruh aku send gambaq tu. HAHA ! mak aku pon dah canggih bagai. henpon touch screen. ok. aku pon kalah naa.

apa apa pon rindu gilaaaaaaaaaaaaaaaaa dekat mak. mishhh u la mak. :'(

mak kakak rindu sangat nih. masuk mimpi kakak malam ni taw. pliss pliss 

liya cakap : sabarlah wahai hati. sabar sabar :')

Saturday, 12 May 2012

=)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

" I still miss you and maybe even still like and love you, but I'm done chasing you "

liya cakap: kalau Allah dah tentukan kita bersama, kita pasti bersama akhirnya :)

cabaran 10 hari: hari 5 ^^,

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Six songs that you're addicted to.

 set fire to the rain-adele


 somebody that i used to know-Gotye/Kimbra

 astronaut-simple plan

 glad you came-the wanted

 someone like you-adele

 sudah cukup sudah-nirwana band

liya cakap : addicted sat saja. nanti dah dok dengaq banyak kali bosan laaaa. haha :p

Wednesday, 9 May 2012

saya awak dia :)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

" tolong jangan bagi cinta awak untuk saya kalau hati awak masih mencintai dia
tlong jangan cakap 'i love u ' kalau awak masih menyayangi dia
tolong jangan katakan rindu kalau hati awak masih merindukan kehadiran dia 
dan lupakanlah saya kalau hati awak masih ingin bersama dia kerana hati awak untuk dia bukan untuk diri saya 
awak sangat bertuah sebab ramai orang mendoakan awak
saya, awak, dia , kami la :) "

Tuesday, 8 May 2012

true story #2

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


hebat memang hebat. dapat result jangan tanya la dapat apa kan. haha

liya cakap. : last minute always work bebeh !

Monday, 7 May 2012

true story #1

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


sooo boysss jangan nak perasan ok. kami gegurl pakai lelawa bukan nak show off kat hangpa pon. boooo :p

liya cakap : bedosa pakai cecantik sebab nak show off kan anak anak. :)

cabaran 10 hari: hari 4 ^^,

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Seven places you like to shop at.

 forever 21

 padini

 brands outlet

 F.O.S

 Applemint

 seed

 kamdar :)

liya cakap : padini dengan brands outlet satu company kan ?? :p
semua kedai baju nampak sangat suka shopping baju. hehe

Sunday, 6 May 2012

cabaran 10 hari: hari 3 ^^,

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Eight things that annoy you.

 pompuan yang tegedik melebih lebih. hey you ! annoying taw tak. pompuan normal lah gedik. tapi sikit sikit sudah lah. jangan nak over dos pulak. kaki nak ? HAHA !

 laki yang merokok tu silakan la merokok. tapi tayah la nak hembus hembus asap depan aku. abeh macho la buat macam tu ? puiii. haram tak. nak mati, mati sorang sorang la

 yang ada pakwe tu tayah la nak berdating doplohpat jam. aku bukan jeles sebab aku takda pakwe. absolutely tak ok. langsung tak jeles. tambah tambah yang satu tempat stady tu. sokmo nak jumpa. aku pon pernah merasa kapel satu tempat study. tapi takda la sampai setiap masa dating. ni tak, lepas kelas dating. lepas solat dating. nak lunch dating. nak study dating. muka hangpa dua ja la dok nampak kat mana mana. nak muntah dah aku tengok. dah tak tahan sangat ka hape ni ? mohon kawen dengan segera. pliss. bhaha

 bila kapel tak hingat dunia. sikit sikit pakwe. asyik asyik pakwe. suma pakwe. pakwe pakwe pakwe. tapi bila susah kawan ni jugak la yang cari. asal tak cari pakwe dunia akhirat hang tu. lebihkan pakwe sentiasa. tapi bila tedesak, susah, takda plak nak tehegeh hegeh kat pakwe. kenapa ? annoy dengan orang yang bila susah baru taw kewujudan kita. hampeh siot !

 orang yang time tengah buat assignment sibok pulak nak buat keja lain. jenis ni pon menyusahkan hidop jugak. kalau assignment tu hang sorang yang punya lantaklah. yang berkumpulan tu tolonglah lebihkan assignment tu dulu. ni tak, nak skype lah. nak ym lah. nak begayut dengan balak lah. adoyaiiii. kita pulak kena tunggu dia buat keja keja lagha tu. bila tak taw mula la gelabah nak banyak banyak tanya. lesing kepala baru taw 

 bila kapel doplohpat jam nak cerita pasal pakwe dia. pakwe dia la sweet pakwe dia la hensem pakwe dia la pandai. anoyoyoyo. sweets sangat nak puji pakwe sendiri. tapi kalau dah selalu aku pon muak jugak nak dengaq weh. astro pon banyak channel taknak bagi penonton bosan. hang tu tolong banyakkan sikit topik nak sembang. jangan sokmo cerita pasal pakwe hang jaaaa. nanti suma orang bosan dengan hang. seriyes.

 kena puji cantik sikit, satu alam hang nak kasi taw. pastu suma benda hang buat nak kena control. nak kena cover. yelahhh. takut ada mamat mamat usha kan. kalau cantik natural takpa. ni setakat cantik sebab sekilo bedak kat muka dok betempek baik tak payah. 

 henpon sokmo dekat tangan. sokmo begayut sokmo texting. adoyaiii. naik rimas aku tengok. ni jenis yang tak boleh hidop tanpa henpon ni. ntah ntah nak berak pon angkut sama henpon tu. nak makan henpon kena ada. bangun tido capai henpon dulu. ni kes dia bajet dia sorang ja ada pakwe la tuuu. leceh betul. harap harap biar henpon dia rosak. bhahaha :p

liya cakap : baru perasan aku banyak annoying dengan pasangan pasangan bercinta yang over reaction. tak kawen depa ni taktaw la. bercinta macam nak rak. ehh. aku tak tujukan ke sesapa. tapi kalau terasa bagus la. ambik buat panduan. mihmihmih :D

Saturday, 5 May 2012

cabaran 10 hari: hari 2 ^^,

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Nine things you do everyday.

 solat. berdating dengan Maha Pencipta <3

 makan. kalau tak makan alamatnya K.O lah aku. 

 mandi. menyucikan diri. wangi wangi :)

 study. saya kan students. kalau tak study nak buat apa lagi. 

 online. penat belajar rest kejap. *padahal online lagi lama dari study sebenarnya*

 tidoq. sapa tak buat weh nikmat dunia yang satu ni. best kot tidoq

 baca online cerpen. bestttt. sweet sweet sumanya. 

 gosip. bukan mengata or buat ketupat ehh. bincang hal yang panas lagi sensasi. hehe

 temenung sorang sorang. jangan ikot tak baik kot tabiat ni. 

liya cakap : done day 2. susah jugak nak cari benda yang buat tiap tiap hari even tiap tiap hari buat. haha