Sunday, 28 October 2012

K.A.M.I

Assalamualaikum


ni aku dengan kawan aku. nama dia natasha. aku start baik dengan dia time sem2 and sampai sekarang dah jadi kawan baik baik baikkkkk sangat.

tadi baru first time setelah tiga tahun aku baru nak balik UMP sesama dengan dia. yup ! kami sesama student UMP sesama orang penang and yang paling aku tak sangka kami ni ada pertalian darah. wow !! teruju betoi bila mak kitorang bagitaw tadi. hehe

aku tak tahu la yang kami ni sepupu ka dua pupu ka tiga pupu.

situasi dia macam ni

mak dia panggil si A dengan panggilan kak ngah. mak aku pulak panggil si A dengan panggilan mak ngah. dia panggil si A dengan panggilan mak ngah and aku pulak panggil si A dengan panggilan tok ngah.

so apakah kami ?

the best moment bila kawan baik ada pertalian darah dengan kita sebab kami dah kongsi macam macam masalah and rahsia. saya sukaaa =)

p.s : nak balik UMP dah ni. huhu

Monday, 22 October 2012

wahai pemilik tulang rusuk kiriku =)

Assalamualaikum

Ketika aku remaja
Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa
Terbit satu pertanyaan dalam diri ku
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana rupanya,
Tinggi atau rendah,
Kurus atau gempal,
Cerah atau gelap,
Tampan atau jelek.

Puas aku membayangkan,
Impikan jejaka rupawan,
Persis seorang pahlawan.

Ketika aku menganjak dewasa
Dikala sedang menuntut di menara
Timbul semula persoalan itu,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana hartanya,
Motor atau kereta,
3310 atau Iphone,
Selipar atau Adidas,
Miskin atau kaya,
Puas aku mencari
Impikan lelaki hartawan
Persis seorang jutawan.

Ketika aku akhirnya dewasa
Dikala sedang berusaha berkerja
Bertanyaku sekian kali,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana akhlaknya,
Malas atau rajin,
Baran atau sabar,
Dungu atau pintar,
Jahat atau baik,
Puas aku berdoa
Impikan lelaki budiman,
Persis seorang beriman.

Ku tanya lagi pada diri,
Aku ingin jadi tulang rusuk kiri siapa,

Pentingkah rupa?
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menyara,
Pentingkah iman?
Terdiam aku seketika.

Kerana diriku melihat diri sendri,
bagai tak layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi,
Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana kalu pemilik tulang rusuk ini ketahui,
Bertapa hinanya si rusuk kiri
Pasti dia menyesal sekali

Lalu ku tanamkan azam,
Tuhan masih memberiku peluang
Akan ku berusaha membaiki diri,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga pemilik tulang rusuk kiri,
Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti.

Aminn.. :)

Saturday, 20 October 2012

makan sokmo :D

Assalamualaikum

mula mula hari selasa ritu memang teringin tahap gila babun lah nak makan pizza. suruh lah kawan aku yang mempunyai pakwe ni bawak aku pegi. tapi malangnya pakwe dia ada kerja. makan terbantutlah nak makan pizza malam tu. aku pon tidoqlah dengan kegersangan yang melampau nak makan pizza.

esoknya aku plan lagi nak pegi. then dengan baiknya rumate aku nak bawak pegi. yeayyy !! sayang nana yeayyy !!! sayang nana yeayyy !! memang syiok gila bila dia kata dia nak bawak aku pegi makan pizza. terharu sampai nak menangis 10 hari 10 malam. wuwuwuwu

pizza pizza yang selamat bersemadi dalam perut

sekali order sampai 4 jenis pizza kot. kata teringin kan. kena la beli banyak banyak. ntah bila lagi aku dapat kedarah pizza kan. ehh tapi aku punya satu ja. yang lain kawan kawan aku punya la. beli banyak flavor boleh tukaq tukaq. boleh rasa rasa. pandainyaa kamii 

disebabkan aku ni tersangat sangat sangat lah suka makan cheese aku punya pizza nama dia cheesy 7 reloaded dan disebabkan jugak aku tak makan sayor aku ambik inti dia pepperoni and beef .

kawan aku dia ambik cheesy lava. macam taw taw aku suka cheese. sampai sampai ja pizza dia aku mintak tukaq sekeping. and yang menjeleskan aku pizza dia lagi sedap dari aku. me is jelly much taw 

lagi dua orang kawan ambik yang biasa ja. hawaiian chicken dengan apa ntah satu lagi. maaf diatas kelupaan aku.

ni lah muka muka bahagia dapat makan pizza. yehuuu ! Alhamdullilah. murah rezeki aku time tu.

aku malam tu memang makan tak hingat lah. aku sorang ja makan 3keping garlic bread dengan 2keping garlic bstix. pastu aku makan 4keping pizza. aku sangat berbangga sebab aku paling kurus tapi aku makan paling banyak. tengok betapa besaqnya tangki simpanan makanan aku. hah ! satu lagi aku ada beli makanan tu. dia macam roti capati pastu ada isi ayam kat dalam. apa ehh nama dia ? aku tak sempat ambik gambaq sebab dah masuk mulut dulu. teehee 

tak menyempat semua orang. semua kalut teruk nak makan pizza. 

kekenyangan. terima kasih Allah diatas rezekinya :')

p.s : sekarang ni dah masok hari ke-3 aku teringin nak makan hot n roll pulak. acane ni. rumate balik. sapa nak bawak kita. sob sob

Friday, 19 October 2012

smile, smile and smile :)

Assalamualaikum


life is simple, make it easy

p.s : don't think too much. you'll create a problem that wasn't even there in the first place.

it's going to be okay :)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



sabar liya. semua yang terjadi ada hikmahnya. percaya pada-NYA. maybe hang rasa hang tak kuat nak lalui semua ni. tapi ingat liya Allah takkan menurunkan ujian melebihi kemampuan hambanya. sabar itu indah liya =)

berdoalah semuanya akan baik baik saja. lagi dua tahun and everything gonna be ok. berdoalah jangan ada perasaan benci dihati. yakinlah dengan doa. Allah sentiasa mendengar. Allah dah mengaturkan yang terbaik untuk setiap hambanya. trust in HIM.

ALL IS WELL :)

p.s : sabar ye liya. lagi dua tahun ja. pejam celik pejam celik hari untuk tinggalkan semua cerita sedih bakal tiba. sabar itu indah. keep smiling :)

Wednesday, 17 October 2012

TAHNIAH TAHNIAH dan TAHNIAH abang ! :D

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

jumaat lepas aku p johor. aku memang tak pernah kot p johor sorang sorang. tambah tambah naik bas and yang paling tak best sebab aku bertolak malam. dah la tataw berapa jam dari pahang ke johor. atas bas tongkat mata ja aku ni. takut tetidoq. nanti ntah mana hala la bas ni bawak aku kan. family aku semua p dari penang. disebabkan aku dok pahang terpaksa la p sana sorang sorang. aku p johor sebab aku nak p convocation abang aku. aceli aku tak pegi pon takpa. tapi bukan selalu kan nak merasa tengok orang konvo ni. nak tunggu aku lagi dua tahun. so apa yang terjadi aku kena pegi jugak sana. 

malam jumaat tu rumate aku bawak aku p tunggu bas. kami tunggu dalam keta. nak dok luaq gelap. bahaya untuk kami orang perempuan yang omey omey ni. haha. then bila bas dah sampai aku baru dok jalan nak p kat bas tu tetiba dia jalan. ehh what the fish ! sabaq sat. baru berenti tak sampai 5 saat dah nak jalan. dengan gagahnya aku kejaq bas tu sambil terjerit jerit macam orang gila " bas bas berenti berenti " malu i ok. jatuh saham. then bila bas tu berenti aku kena marah pulak dengan driver bas tu " dah taw bas sampai tak reti reti nak jalan cepat sikit ka " omaiii aku jugak yang salah. suara dah la satu alam boleh dengaq. pemes sat aku dalam bas tu. semua dok pakat tengok. bertambah malang bila seat aku dikebas orang. dah macam model tak bebayar aku ni p balik p balik dalam bas tu. -__-'

bila sampai johor ja abang aku yang datang kutip aku kat tepi jalan tu. dah la sampai sana pagi pagi buta. tapi aku tak takut sangat sebab tempat tu terang ramai orang and yang penting ada satu khemah polis kat situ. tetiba rasa selamat sangatt :')

disebabkan aku orang first yang sampai diantara family yang lain aku kena tidoq bilik abang aku. sebabnya nak check in hotel tak boleh lagi. bayangkan aku tidoq blok laki weh. blok yang penuh dengan jejaka jejaka. awww awww. nasib baik abang aku dok bilik yang sorang punya. best ohh skodeng jejaka jejaka kat utm ni. hensem hensem belaka. melting i taww ! haaa kan dah tergedik.

> 14.10.2012 : abang saya konvo <

le me and abang

ambik berkat semoga lepas ni aku grad secemerlang abang aku :')

chipmunks for abang from sista !

big teddy from mommy to abang. suka lettew. kita pon takda bear besaq macam ni taw. over taw abang

spongebob maksu bagi. ehh banyak betul hadiah. me is jelly ok !

abang with emak and ayah. they proud of you lah abang. me too =)

the familia. we proud of you taw. tahniah !

p.s : nanti time aku moga moga dapat banyak hadiah macam abang aku jugak. but before that aku kena make sure result aku cemerlang macam abang aku jugak la kan. hope so. amin =)