Friday, 19 October 2012

it's going to be okay :)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



sabar liya. semua yang terjadi ada hikmahnya. percaya pada-NYA. maybe hang rasa hang tak kuat nak lalui semua ni. tapi ingat liya Allah takkan menurunkan ujian melebihi kemampuan hambanya. sabar itu indah liya =)

berdoalah semuanya akan baik baik saja. lagi dua tahun and everything gonna be ok. berdoalah jangan ada perasaan benci dihati. yakinlah dengan doa. Allah sentiasa mendengar. Allah dah mengaturkan yang terbaik untuk setiap hambanya. trust in HIM.

ALL IS WELL :)

p.s : sabar ye liya. lagi dua tahun ja. pejam celik pejam celik hari untuk tinggalkan semua cerita sedih bakal tiba. sabar itu indah. keep smiling :)

Wednesday, 17 October 2012

TAHNIAH TAHNIAH dan TAHNIAH abang ! :D

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

jumaat lepas aku p johor. aku memang tak pernah kot p johor sorang sorang. tambah tambah naik bas and yang paling tak best sebab aku bertolak malam. dah la tataw berapa jam dari pahang ke johor. atas bas tongkat mata ja aku ni. takut tetidoq. nanti ntah mana hala la bas ni bawak aku kan. family aku semua p dari penang. disebabkan aku dok pahang terpaksa la p sana sorang sorang. aku p johor sebab aku nak p convocation abang aku. aceli aku tak pegi pon takpa. tapi bukan selalu kan nak merasa tengok orang konvo ni. nak tunggu aku lagi dua tahun. so apa yang terjadi aku kena pegi jugak sana. 

malam jumaat tu rumate aku bawak aku p tunggu bas. kami tunggu dalam keta. nak dok luaq gelap. bahaya untuk kami orang perempuan yang omey omey ni. haha. then bila bas dah sampai aku baru dok jalan nak p kat bas tu tetiba dia jalan. ehh what the fish ! sabaq sat. baru berenti tak sampai 5 saat dah nak jalan. dengan gagahnya aku kejaq bas tu sambil terjerit jerit macam orang gila " bas bas berenti berenti " malu i ok. jatuh saham. then bila bas tu berenti aku kena marah pulak dengan driver bas tu " dah taw bas sampai tak reti reti nak jalan cepat sikit ka " omaiii aku jugak yang salah. suara dah la satu alam boleh dengaq. pemes sat aku dalam bas tu. semua dok pakat tengok. bertambah malang bila seat aku dikebas orang. dah macam model tak bebayar aku ni p balik p balik dalam bas tu. -__-'

bila sampai johor ja abang aku yang datang kutip aku kat tepi jalan tu. dah la sampai sana pagi pagi buta. tapi aku tak takut sangat sebab tempat tu terang ramai orang and yang penting ada satu khemah polis kat situ. tetiba rasa selamat sangatt :')

disebabkan aku orang first yang sampai diantara family yang lain aku kena tidoq bilik abang aku. sebabnya nak check in hotel tak boleh lagi. bayangkan aku tidoq blok laki weh. blok yang penuh dengan jejaka jejaka. awww awww. nasib baik abang aku dok bilik yang sorang punya. best ohh skodeng jejaka jejaka kat utm ni. hensem hensem belaka. melting i taww ! haaa kan dah tergedik.

> 14.10.2012 : abang saya konvo <

le me and abang

ambik berkat semoga lepas ni aku grad secemerlang abang aku :')

chipmunks for abang from sista !

big teddy from mommy to abang. suka lettew. kita pon takda bear besaq macam ni taw. over taw abang

spongebob maksu bagi. ehh banyak betul hadiah. me is jelly ok !

abang with emak and ayah. they proud of you lah abang. me too =)

the familia. we proud of you taw. tahniah !

p.s : nanti time aku moga moga dapat banyak hadiah macam abang aku jugak. but before that aku kena make sure result aku cemerlang macam abang aku jugak la kan. hope so. amin =)

Wednesday, 19 September 2012

kutuk

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

dalam dunia ni normal la kan orang suka kutuk mengutuk ni. tak kira la kutuk belakang ka, kutuk depan ka, kutuk atas ka, kutuk bawah ka, yang pasti kutuk kutuk tu memang wujud.

well aku ni memang sokmo sangat dah kena kutuk weh. sampai dah lali. bila kena kutuk ni sampai dah tataw nak bagi reaksi apa. aku nak gelak ka, menangis ka, ntah. aku pon tataw.

" weh hang ni hitam la weh "

" hang pi kikih la weh kulit hang tu bagi putih sikit "

" hang ni kuruih la weh. dah macam papan "

" awat hang ni hitam sangat "

" hang ni dah la kuruih, hitam pulak. tak menarik langsung "

" aku panggil hang tamtam la sebab hang hitam "

masa first time kena kutuk sentap jugak la wa cakap lu. sapa tak sentap. awat hangpa ingat aku mintak ka jadi macam aku yang sekarang ni. kalau boleh mintak, memang aku mintak jadi perfect seperfect perfectnya la kan. sapa nak hidup serba kekurangan. sokmo kena kutuk. 

tapi Allah kan tak pernah buat silap. so, ada lah hikmahnya tu.

sekarang ni memang serius arr aku cakap. aku memang dah tak terasa langsung dengan semua suara suara sumbang yang dok kutuk kutuk aku tu. bila depa kutuk aku dah boleh gelak gelak lagi. macam takda kesan la kat aku kan. well. nama pon selalu kena kutuk. kalau setiap kali kena kutuk aku nak menangis maknanya memang 24jam la aku menangis that is because memang aku ni 24jam kena kutuk. haha

lagipon aku tak terasa sebab nak kata aku ni hitam tak jugak. aku rasa aku ni kategori sawo matang. ntah sebab apa la dia tu dok nampak aku la manusia paling hitam atas muka bumi ni. tapi tapi kalau tengok gambar gambar aku, aku tak la seputih tu sebenarnya. opss ! maaf maaf. aku tak main la edit edit gambar. tapi in photos aku nampak a bit putih sebab efek alam semula jadi. tu ja.

tapi sebab kutukan tu jugak la aku susah nak pecaya bila orang puji aku. aku susah nak pecaya bila ada orang nak rapat rapat dengan aku. besaq jugak kesan dalam hidup aku nih. thanks pal sebab meninggalkan kesan mendalam dalam hidup aku.

aku rasa aku kena report ni. aku kena penderaan perasaan. hahaha >.<

p.s : kutuk la aku hitam. nanti aku jadi seputih salju baru hang taw. hehe

Sunday, 2 September 2012

bertunang

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..


Alhamdulillah. majlis pertunangan berlangsung dengan lancarnya seperti yang dirancang. phiuhh... penat jangan cakap. tapi bila tengok majlis berjalan smoothly rasa seronok pulak. penat lelah sampai tebeliak bijik mata punya bejaga malam sampai tak cukup tidoq consider as bebaloi la kan. well done all che puteh and co.


dua hari before majlis tunang tu dah busy dok prepare macam macam. sampai luka dua ketul jari aku punya semangatnya buat kerja. aceli tiga ketul jari aku yang luka. tapi yang seketul tu macam kecik sangat lukanya. so tayah nak buat teruk sangat lah kan. hihihik

tok : tudia kakak habes luka jari dok pesiang pelam.
aku : pisau tajam sangat. susah nak control
tok : takle kawen lagi la macam tu
aku : -__-'



pastu masa malam sebelum hari kejadian tu sibok pulak buat goodie bags and pelamin. memang kalut sakan la aihh seluruh kaum kerabat dok punya buat keja. but that's what i like the most. suka sangat berhimpun sanak saudara ramai ramai. riuh rendah rumah. macam funfair pon ada.


si bakal suami orang kuala lumpur dan si bakal isteri pulak ehem ehemmm sudah semestinya la orang penang. orang mana lagi. hikhikhik. memang neves jugak kan nak bertunang nih. time ni la nak jumpa bakal mak ayah mertua live depan orang ramai. nak melayan kerenah orang ramai yang nak begambar lagi. memang perlu kesabaran yang tinggi setinggi tingginya lah.


kan aku dah feeling feeling aku yang bertunang. ishhh. bukan aku lah. aku ni cuma orang yang tolong masak. orang yang tolong hidang hidang. ni ha orang yang bertunang tu. sepupu aku sebenarnya. hehehe. saja gedik gedik nak feeling aku yang bertunang. mana taw esok esok aku pulak bertunang. aku nak bertunang lambat lagi la gamaknya. still waiting my mr.right ;)

> gambar gambar dihari kejadian <
si pasangan bermanja manja pulak dahhh  >.<
mak dengan ayah aku pon nak feeling feeling time kawen kawen dulu kah ?  haha


the hantarans. bila orang balik semua pakat serbu nak cari makan -__-'


anaks anaks. ni baru sikit. ada lagi selori lagi anaks anaks.


le me and ayah.


family <3

dah penuh dah entry ni dengan gambar selonggok. so bubye all !
p.s : nanti nanti aku update cerita pasal aku pulak yang bertunang ehh. hihihi