Wednesday, 29 August 2012

laksa oh laksa

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

tetiba aku curious sangat sangat pasal laksa ni. ya la kan. banyak sangat jenis jenis laksa ni. banyak gilaaaa. yang buat aku tertanya tanya sangat tu apa beza kesemua laksa laksa tu. yang aku taw laksa penang ja la sebab aku orang penang. mak aku selalu buat laksa penang ni ja la. 

so disebabkan aku tak suka rasa curious membelenggu hidop aku, aku pon google google la supaya aku dapat taw jawapan dia. hehehe. rajin bebenor aku nih.

aku takda la nak cerita cara buat laksa laksa ni. aku nak tunjuk saja apa yang membezakan laksa laksa ni. yang nampak dari mata kasaq sajalah. kalau nak teliti betoi betoi resipi dia jenuh aku. banyak kot laksa dalam mesia baq hang.

LAKSA PENANG.
kalau ikot mata kasaq aku la kan. laksa penang dapat dikesan bila laksa tu makan dengan salad, daun pudina, nenas dan teloq. so, hangpa semua setuju dak ??

LAKSA JOHOR.
kalau laksa johor pulak dah terang terang nampak dia tak guna laksa. dia guna spageti. pastu dia punya kuah macam kuah kari pon ada. sebab aku tengok resipi dia, dia ada guna serbuk kari daging. so yang tu la bezanya. kan kan. so simple XD

LAKSA KUALA PERLIS.
yang ni pulak sebab laksa dia makan dengan daun sup dan daun bawang kot. aku tak sure sebab aku tak jumpa salasilah laksa kuala perlis ni. sesapa tolong akuuu !!!

LAKSA KELANTAN.
masa google google depa cakap beza laksa kelantan sebab kuah dia putih. pastu dia cakap lagi laksa terengganu pon lebih kurang ja macam laksa kelantan. betoi dak sangkaan aku nih ?

LAKSA SARAWAK.
laksa sarawak bukan macam laksa yang lain sebab kuah dia tak buat guna ikan pon. kuah dia guna perencah laksa sarawak *ok aku tak penah taw pon ada perencah kuah laksa sebelum ni* pastu ada ayam dalam kuah dia. ok, aku terasa sangatlah pelik. huhu

LAKSA TERENGGANU.
laksa terengganu macam yang aku cakap tadi almost the same macam laksa kelantan. kuah dia warna putih sebab ada santan. pastu makan dengan belacan. 

LAKSAM.
yang ni pon senang ja nak tangkap beza dia guna mata kasaq. dua punya mee tu bukan laksa. aku tataw la apa kenama mee dia tu. tapi yang pasti dia almost macam kuey teow tapi dalam kedudukan yang berbeza. mee dia ni begulung gulung. makan terus cedok seketoi seketoi. 

okeh done dengan cerita laksa. seyesly susah jugak nak cari beza laksa laksa ni. naik tension jugak aku. aceli banyak lagi laksa aku rasa. tapi disebabkan aku rasa susah sangat nak cari bezanya aku pon stop. kahkahkah. 

adiosssa~~~

p.s : dem ! tetiba lapaq laksa. laksa penang yang mak aku buat. yummeh !

5 comments:

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

laksa johor sedap~ :D

liya alia said...

@muhammad firdaus bin kamarudin : tataw laksa apa sedap sebab besa makan laksa penang ja. hehe

mikeyvio said...

laksa kuala kedah or yg femes laksa teluk kecai sdap!! :D smbal klapa dia yg wat lksa kuala kdah special. hehe...

liya alia said...

@mikeyvio : owh sekarang dah taw laksa kedah apa bezanya. sebab ada sambal kelapa. hehehe. sukaa. dapat taw lagi satu laksa

E'in said...

e'in paling suke laksa johor and laksam.. hehe