Wednesday, 17 August 2011

Tuesday, 16 August 2011

sejuk mata memandang

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

lagi beberapa minit saja lagi dah nak bebuka.. tapi aku masih gigih nak buat entry ni jugak..
bukan apa aku rasa macam dah lama gila la kan aku tak update blog aku nih.. sampai ada yang bertanya aku takde entry baru ka.. apakan daya.. tiba tiba kemalasan melanda diri aku nih pulak...

lepas masak memang aku akan online sampai la nak buka posa nanti.. bila online ni rasa masa cepat ja berlalu..
kejap ja rasa dah nak bebuka.. tadi online facebook nampak status Heliza Helmi

lawak jugak heliza helmi nih rupanya.. lepas aku gelak puas baca status tu aku godek godek page dia.. extually bukan nak citer pasal status si heliza helmi ni pon.. takde kena mengena pon.. hehehe.. takde motif*

aku nak citer kat sini yang aku suka heliza helmi.. suka sangattttt.. oh, BTW aku bukan lah lesbian pengkid or yang sewaktu dengannya.. cuma aku suka heliza helmi lah yang pasti.. suka suka :)

heliza helmi ni bagi pendapat aku la kan.. pendapat korang korang and korang tu aku tak tahu lah pulak.. bagi aku dia boleh dijadikan icon muslimah.. tengok saja la cara dia dressup.. thumbsss up ! tutup segala yang patut ditutup.. tapi still cantik cun and gojes.. fesyen dia bagi aku takde yang dikira kolot ok ! semua up to date.. fesyen masa kini... 

aishhhhhhhh.. asal la cantik sangat si heliza helmi nih.. geramm gerammmm..

setahu aku la kan... aku tak penah lagi la tengok heliza helmi pakai baju ketat ketat or tudung atas dari dada..
aku memang tak pernah tengok.. kita sepatutnya mencontohi heliza helmi.. sejuk ja mata memandang..
cover what should be cover.. peringatan untuk aku dan semua orang.. :)

btw, aku kagum dengan tudung yang heliza helmi buat nih.. pelbagai guna and senang.. kreatif sungguh !
dikenali sebagai heliza instant telekung.. jadi telekung boleh jadi tudung pon boleh.. hebat kan hebat kan

kalau korang tak puas tengok heliza helmi dekat blog aku korang pegi la page dia dekat facebook sana nuhh..
aku kalau dapat jumpa dia live bertentangan mata maw pengsan nih.. haha

liya cakap : nak jugak jadi macam heliza helmi :)

Wednesday, 10 August 2011

Monday, 8 August 2011

kereta punya celita maa

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

kita patutnya dah bersyukur sebab masih bernafas masih hidup.. Alhamdulillah dah hari kelapan pon kita berpuasa yee anak anak.. tak lama lagi beraya la kita.. persediaan macam mana ?? yang belum tempah baju baik pegi cepat.. kang beraya tanpa baju la hantar lambat lambat ni kan.. tapi mustahil la ada yang belum tempah kan.. 

ehhh.. aku nak kasi tahu ni... ekceli aku baru ja dapat lesen kereta.. baru sangat la kan.. 
ada la dalam sebulan lebih gitu.. tragis kan.. umur dah doploh baru nak ada lesen kereta kan.. patutnya orang yang sebaya dengan aku dah pro drive kereta kot.. teehee :)

welllll dekat mana mana pon nak ambik lesen mestilah ditest dengan menggunakan kereta manual kan..
aku yang dah terbiasa bawak kereta manual ni agak malu malu kucing neves pulak bila bawak kereta auto nih.. even ramai yang cakap senang lagi bawak auto dari bawak manual kan..
tapi bagi aku auto tu ringan sangat.. aku bawak asyik laju ja.. kan bahaya tu cik jenab oiii...

ni kereta ayah aku.. ohh no no no.. ekceli aku google ja gambar kereta nih.. tapi kereta ayah aku macam ni lah.. proton persona.. baru tiga tahun lebih macam tu la beli.. ayah aku sayang gila la kereta dia yang sebijik nih kann.. aku pon dia letak tepi.. sayang kereta punya pasal..

biasa la kan.. aku budak baru belajar.. mana la reti nak bawak kereta pro pro lagi.. amator je la..
asal aku bawak kereta tobat kena marah dengan ayah aku.. ada saja la yang tak kenanya...
mostly memang salah aku la kan.. hehe.. tapi kadang kadang sebab takut kereta rosak -__-'

dah berjurai air mata kena marah dengan ayah aku tu.. ayah aku suruh aku elak lubang yang berlopak atas jalan tuh... mana la aku reti... dah la kereta banyak.. seriyau la aku.. kang aku elak lubang tu aku langgar kereta lain pulak.. camna camna.. ayah takpe la pro.. akak tak... huhu

tapi takpe... aku still bersemangat nak bawak kereta.. kadang kadang tu sampai naik gian la sebab dah lama sangat tak bawak kereta.. yelahh baru dapat lesen gila stereng la sikit kan.. hihik

sekarang baru aku tahu bawak kereta tak la senang macam yang aku sangka.. susah jugak ak handle benda yang lagi besar dari kita nih.. tapi bawak kereta memang best.. rasa selamat dari naik moto :)

liya cakap : jom jom sapa nak pegi jalan jalan angkat tangan !

Sunday, 7 August 2011

Segmen Wanie : Doodle Raya Free

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

tetiba ja aku rajin nak join segmen la pulak kan.. bukan hape segmen kali ni memang menarik minat aku lahh..
aku suka aku suka sukaaaaaaa :)


tengok tajuk tu kemainnn menarik lagi kan.. yelahhh benda free sapa yang takmaw kan..
tipuu lah sapa yang takmaw tu.. dah la free cumil beganda ganda pulak tu.. ni ayat orang yang tengah gila doodle tapi tak reti nak buat.. huhu T.T

segmen ni anjuran wanie dari firdani love story.. baik hati bebenaw la si budak wanie nih..
follower dah la beriban.. kalau ramai yang join jenuh nak membuat nanti.. hehe
nak tengok syarat syarat PEGI LA DEKAT SINI.

a) saya nak warna pink dengan hitam ye wanie... hehe
b) nama saya raziellia bt nor saafri.. kalau panjang sangat liya bagi memendekkan
c) kat tangan doodle tu nak gelang kecik-kecik tapi banyak.. kalau susah buat ja yang besar satu ;)

oke siap ! :)

liya cakap : wanie taknak free hair macam yang liya selalu komen tu ye.. hihik

Saturday, 6 August 2011

meh sini nak kasi tahu

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

puasa tak korang semua hari nih ?? kalau puasa sooo good.. kalau tak posa ok aku paham la untuk yang perempuan.. kalau yang laki tu tak posa.. aku tak tahu la apa kes pulak tuh !

hari ni aku nak citer sikit pasal sorang blogger ni.. gojes kot si blogger nih.. aku suka gila lah tengok dia nih..
suka suka (^^,)
inilah orangnya, jeng jeng jeng
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



tengok header pon dah gojes kot.. aku hari hari jugak la skodeng blog kak zoey nih..
kalau korang suma nak skodeng pon boleh.. PEGI SINI.. aku izinkan..kahkahkah.. sukahati aku ja kan.. buat macam blog aku sendiri pulak.. hihik

cik blogger sorang nih ada banyak kebolehan lah.. kalau bab bab nak mekap nih bagi je dekat dia..
terer nih.. aku penah cuba tengok tutorial dia.. nak tiru mekap la kan.. tapi apakan daya..
aku nih tak reti bab bab mekap nih.. tak menjadik pulakkk.. takpe takpe nanti aku try lagi lah kan...
video tutorial depan mata dah kot.. jangan putus asa.. chaiyokkkk !!!!!

pastukan dia ni jugak pandai nak belit belit tudung nih wehhh.. betul wa habaq lu !
banyak jugak video tutorial dia pasal tudung nih.. kebanyakkan aku pakai tudung tiru style dia lah..
sori ehh saya tiru style awak.. hehe.. yang kat atas ni tudung bawal biasa ja..
dia boleh buat jadi macam shawl weh... kreatifkan.. aku nak cuba plak lepas nih.. cuba jangan tak cuba..

pastu en pastu en dia ni jugak mesra alam wehhh.. rajin nak komen komen pulak..
dah la fems amos mesra pengguna pulak tuh... tekezutt cekk bila tengok ada komen dia ritu...
betambah tekezutt bila dia reply lagi komen cekk kat blog cekk ni..
terharu sob sob sob


aku betambah tambah tekejuttt bila tengok kotak jerittt aku tadi.. rasa macam nak menjerit kuat kuat ja..
si blogger femes amos zoey zau yah ni kata aku comelllll wehhh... comel tu..
dapat bayangkan tak orang yang cantik cun melecun panggil kaw comelll..
macam nak pengsan makkk !!! haha

oohhhh... tapi tapi ada tapinya jugak nihh.. kalau ada jejaka jejaki yang berniat nak masuk jarum tu silalah buang niat tu jauh jauh.. no no no.. takmaw takmaw... orang ini sudah berpunya bahagia bersama hencik boiprennya.. harapmaklum..

liya cakap : sori printscreen gambar gambar tanpa kebenaran (^^,)V

Thursday, 4 August 2011

mandi tepung

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

wah wahhhh.. entry kedua untuk hari ni nampaknya.. gila rajin aku.. haha
baru buat dua entry dah nak membongak kan.. nisa si suka taip tu kemain banyak ja entry dia tiap tiap hari.. steady ja.. sebab tu hari hari aku wajib baca blog dia.. sebab blog dia tak pernah kecewakan aku..
asal aku buka entry baru, asal aku buka entry baru, asal entry baru ja aku buka..

aku tengah kesorangan ni.. tunggu masa and tunggu mak aku nak masak untuk bebuka jap  lagi nih..
bila sorang sorang ni bosan pon ada la jugak kan.. nak makan pon tak boleh.. puasakan..
kalau tak dah lama aku makan salad buah duduk tebongkang depan tv tuh.. perghhh...
syioknya laaa makan buah sejuk sejuk sambil tengok tv.. yummmy yummyy !!
dah dah nanti boleh batal puasa nih kalau lama lama dok pikir benda alah tu.. hehe

tetiba ja aku teringat kawan kawan aku dekat UMP... sebab tu yang nak buat entry nih..
aku ingat lagi baru sebulan aku masok UMP then birthday aku yang ke-19..
sedih pon ada jugak sebab jauh dari family enn.. mak ayah adik abang telefon wish ja dekat aku..
takde dah makan makan besar macam selalu..

even baru sebulan aku kat UMP tu aku dah ada kawan kawan yang superb lahhh..
memang terbaik la kan.. diorang semua ingat birthday aku..
aku tak tahu la diorang ingat or encik facebook yang ingat kan diorang tuh.. hehe
tapi apa apa pon cara diorang raikan aku memang aku takkan lupa sampai kapan ponnn.

first time aku diraikan dengan tepung sampai macam ni la jadinya rupa aku tuh

habis kotor gila lah baju aku.. jenuh jugak la nak membasuh lepas tu..
aku tak expect langsung diorang nak buat macam ni sebab time ni kitorang suma kuar jalan jalan lepak kejap..
lepaskan tension sebulan dah teperap kat UMP tu..
besides birthday aku pon time tu dah lepas 10 hari dah... 

semua ni kawan kawan aku lah.. diorang ni memang gila gila..
bayangkan baru sebulan kenal dah kena macam ni..
tapi aku happy la time ni.. tak dapat sambut dengan family tapi kalau ada kawan kawan macam ni kira berbaloi baloi jugak kan.. :)

aku memang sayang diorang suma lahhh :)

liya cakap : umur 19 boleh la buat macam ni.. umur dah 20 tak boleh dah buat macam ni kena matang.. hahaha :)


HAPPY BIRTHDAY to ME :')

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..


dengan ini diumumkan bahawa genap lah umur aku menjadi 20 tahun..
yesssss !!!!!! dah boleh kawen.. hahaha gila !
4 OGOS 1991 tarikh penting la bagi aku.. tapi even penting kekadang aku sendiri pon boleh lupa..
pelikkan.. birthday sendiri pon boleh lupa..
tapi tu lah gunanya kawan kawan... even aku lupa tekadang tu ada yang antar mesej wish birthday kat aku..
rasa terharu kot weh !

so kepada sesapa yang nak bagi hadiah tu boleh la pos ke alamat dibawah :
136 Blok K, Mk 12,
Teluk Tempoyak,
11960 Bayan Lepas,
Pulau Pinang.

hahahak.. kemain bagi alamat segala makkk.. mana la tahu kan ada kawan kawan yang baik hati nak bagi hadiah kan.. aku dengan rela hati menerimanyaaa.. aawwwww... aku en birthday girlllll

lepas ni aku kena jadi matang la ehh ?? uhhh macam mana tuh ?? macam mana nak memantangkan diri nih ??
memang dari azali perangai aku macam anak kecil sikit.. adik aku yang form5 pon lagi matang dari aku kot !
lepas ni aku bukan kategori teenager la ekk ?? kategori apa pulak ? dewasa la kan...
uishhhhhh... dah dewasa cekk nih.. hihihik..
lepas ni dah bukan gadis la kan ?? wanita pulak kan kan ??
apa banyak lepas daa... :)
tapi en tapi en bukan wanita tu untuk yang dah kawen ka ?? so aku nak kena kawen la nih ??
kah kah kah.. kalau cakap pasal umur kawen ja la yang aku tau.. 
haishhhhhhhh.... gatai betul aku nih.. ikot sapa la nih !

dah dah cukup la dengan merapu meraban kaw tu liya oiii...
birthday tahun ni jatuh dalam bulan ramadhan yang mulia.. aku suka sangat ! keberkatan tuh..
so hari ni aku nak masak yang best best la bersempena birthday aku nih.. hehehe

aku bertekad nak jadi yang terbaik dari tahun tahun yang sebelum nih.. 
nak jadi anak yang baik, kakak yang baik and adik yang baik untuk family aku..
nak jadi sahabat yang baik jugak untuk kawan kawan aku..
semua yang baik baik lah :) :)

happy birthday to me
happy birthday to me
happy birthday happy birthday
happy birthday to MEEEEEE

liya cakap : thanks a lot for those wishes :)

Wednesday, 3 August 2011

Monday, 1 August 2011

dulu dan sekarang

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

hyeeee semua.. banyak makan tak buka posa tadi ?? apa ?? banyak ?? ehhhh mana bole macam tu kalau makan banyak nanti mula la malas nak pegi semayang.. kalau malas nak pegi terawih bole terima lagi kalau malas nak semayang maghrib yang tinggal secipu ja masa lepas bebuka macam mana ?? macam mana ??
so, berenti makan lah anda sebelum kenyang :)
harap semua dapat berpuasa dengan sempurna hari ni..

bila cakap pasal puasa teringat pulak time kecik kecik aku puasa dulu..
ok aku memang agak teruk la dulu.. nakal sikit.. time puasa dulu aku suka curi makan..
tapi bukan makan dekat rumah aku.. aku makan dekat rumah kawan aku.. 
kawan aku tu setahun muda dari aku.. so, dia puasa sekerat hari ja dulu.. tapi aku, mak aku suruh puasa penuh.. so, aku memang suka pegi main rumah kawan aku tu la.. asal dia bebuka aku pon join sekali..
malang tak berbau mak kawan aku tu pegi mengreport dekat mak aku..
hambekkk kaw.. marah beno mak aku.. 
aku ingat lagi mak aku marah aku sambil baling baling cawan dekat aku..
tragis betul !! :( INSAF !

kalau bab minum air dalam bilik air tu jangan cakap la.. rajin betul aku mandi..
motif utama nak minum air.. sebab takde orang pon tahu..
noob gila kan.. padahal ALLAH kan tahu -__-'

dulu time aku muda muda cumil asal lepas buka posa cepat cepat nak pegi terawaih..
aku buat lapan ja dulu.. nak cepat balik... time aku puasa dulu best gila !
tak macam sekarang.. lepas terawih kitorang budak budak satu kampung suma main sekali...
memang best la.. dari sekolah rendah sampai yang kesekolah menengah pon ada..
tapi sekarang dah takde.. sunyi ja malam malam..
nak dengar bunyi mercun pon takde.. bosan betul !! tak rancak !!

kitorang main cilut nyorok or lebih dikenali sebagai hide and seek..
mencabar kot... bayangkan la malam malam main nyorok nyorok.. mahu tak susah nak cari dalam semak samun.. dah tak pikir bahaya dah time nie.. budak kan..

pastu kitorang main cari harta karun atau dikenali juga sebagai treasure hunt..
peneraju utama maksu aku la.. lepas terawih suma budak budak dah bekumpul depan rumah atok aku..
sebabnya nak main benda alah ni lah.. cari harta karun dalam gelap.. memang lambat la kan.. kadang kadang dekat pukul 12 malam baru nak balik rumah.. heee
talipon bekarat pon main jugak.. memang best la dulu dulu.. sekarang budak budak dah maju..
dok rumah main komputer game ja.. nak maju sikit ipad la kan.. takpon facebook blogging..
toinggggg! macam kena batang hidung sendiri !

kalau dulu puasa time terawih aku kena duduk belakang sekali la kan.. budak budak.. mana boleh duduk depan.. kalau aku duduk saf depan memang kena halau duduk belakang la kan..
bagi laluan untuk yang lebih tua di hadapan.. tapi sekarang aku tak payah takot kena halau pegi saf belakang dah.. aku dah besar.. cewahhhh !

banyak bezanya dulu dengan sekarang ni kan.. tapi kalau jadi yang terdahulu terasa meriahnya berbanding sekarang (*asal ayat rasa skema semacam ni ?? booo...*)
biasa la dunia dah maju.. zaman dah berubah..
apa apa pon selamat bulan ramadhan suma :)

liya cakap : posa biar penuh ye kawan kawan.. jangan jadi macam saya.. hehe ;)