Assalamualaikum
Well well.... Tak pernah tepikiaq aku akan update blog lagi. Almost setahun++ dah tinggalkan dunia blog bagai ni. Tetiba rasa nak update. Baca balik kisah kisah lama diri sendiri rupanya banyak dah luka luka hidup yang dah bejaya aku tempuh. Kuat jugak aku ni. Nampak ja kuruih. Strong enough, still standing. Ecehhh
Preview moment hidop Raziellia setahun++ yang lalu ~~~
1 Julai 2013: aku start internship aku dekat Jambatan Kedua Sdn. Bhd. Elaun banyak keja banyak. Supervisor garang. First day dah kena buli. Rasa macam nak teriak. Macam tak boleh tahan nak hadap 10 weeks kat sana. Tapi sebab kawan ramai, lepas kena marah dengan supervisor pi ber hu-ha-hu-ha dengan internmate hilang rasa sebak. Banyak ilmu, banyak pengalaman and banyak memori
23 Disember 2013: aku dah habeh perbentangan final projek 1 aku. Perghhh cuak dia jangan cakap sebab dapat panel Dr. Yuhyi. Sapa ja budak budak UMP tak kenai Dr. Yuhyi yang susah nak bagi markah tu. Dia cakap dia tak paham aku present apa. Hahaha
Date not remembered: dinner kali terakhir sebagai student di Universiti Malaysia Pahang. Teringat lagi gigih semua kawan kawan cari baju shatekk shatekkk nak pakai untuk malam tu. Macam macam preparation buat macam nak pi kawen. Hmmmm akulah tu. Selagi tak dinner ada saja accessories nak tambah. Gelang la makeup la. Well girls will always be girls.
Date not remembered: done viva presentation. Maksudnya hidop sebagai student bakal tamat tak lama lagi. Ya Allah lega tak terkira. Penat lelah tak tidoq malam buat projek akhir bakal tamat. Pernah rasa tak tidoq tak lena sebab dok pikiaq macam macam masalah. Aku la tu. dekat seminggu tidoq dok tejaga tengah pagi sebab dok hadap projek akhir tahun tu. phewwww
Date not remembered: farewell pakatan wanita. This part was very saddening. Ni kali terakhir keluaq berjimba dengan kawan kawan terpaling baik sepanjang aku di UMP. Depa ada waktu aku susah senang. Dok dengaq drama ayaq mata sedih putuih cinta aku. Depa dok bagi semangat. Kalau susah cari ja depa. Memang ada tak penah hilang. Sampai la ke sekarang. Masih berhubung. Cumanya susah nak jumpa. Masing masing dah jadi wanita bekerjaya. Makin kaya. Aku sayang ampa dunia akhirat weh !
27.9.2014: aku dah habeh buat degree !!! Yahooooo. Tapi aku still jadi student. ZzzZzzzz. Aku dah mendaftar buat master kat UKM pulak. Sebenaqnya malaih lagi nak jadi student balik. Tapi sebab si ayah kesayangan nak sangat tengok aku sambung master.
11.10.2014: secara rasmi tamat Degree in Civil Engineering di UMP. Today is my day. My convocation day. Happy wehh konvo. Syiokkk !!! Eventhough result aku tak la secemerlang yang lain tapi mak ayah masih berbangga dengan aku. Can't wait for my second jubah day soon.
10.11.2014: aku dah jadi seorang pekerja. Seorang pekerja, seorang student. Ishhhh aku takla keja baguih pon. Just kerani kat firm peguam. Aku keja pon sebab kelas aku memang ada time sabtu ahad ja. So isnin sampai jumaat yang free tu aku keja. Nak jadi engineer takut diri tak mampu nak catchup study dengan keja. Well at least keja dapat jugak duit poket
9.8.2015: selesai presentation final projek versi master kat UKM. Totally different time degree dulu dengan time master. Student student master semua dah ada pengalaman. Yang selalu terkontang kanting time presentation tu aku la. Masih terbawak bawak stail degree muda muda dulu mungkin. Hahaa. But apa apa pon this is my first time dapat pujian presentation bagus dan panel paham. Uishhh time degree dulu tak penah woihh aku kena puji bagai.
So setakat tu ja la kot preview pasal life aku. Aku cerita yang aku rasa best ja la kan. Nak cerita semua mau panjang sampai muntah ampa semua baca.
Makin meningkat dewasa makin banyak la pengalaman pahit manis kita. Well aku pon dah 24 tahun. Hahaha dah tua dah rasa. Kawan aku banyak dah kawen beranak pinak. Aku masih sama. Masih student. Takpa rezeki orang lain lain. So chill. Lagi satu semester nak tamatkan master. wish me luck guys !

No comments:
Post a Comment