Friday 2 November 2012

jj kimbab @ kuantan

Assalamualaikum


haritu ni memang teringin sangat nak p makan kat kedai ni. pastu tetiba kawan aku pulak ajak p. memang tak tolak la aku kan. ikot ja. cari punya cari tapi tak jumpa. sesat. tapi disebabkan keinginan yang membuak nak p makan kat sini telepon habes semua kawan kawan yang taw suruh bagi direction nak p kedai ni. dengan kesabaran yang menggunung yeayyyy akhirnya smpai jugak kami kat sana. syabas !


abaikan muka exsited dahku itu. aku nak tunjuk tempat masak tu ja. yup ! kat setiap meja ada tempat masak tu. macam kat kedai makan steamboat tuuu. punya lah exsited kami semua tengok menu nak pilih makanan yang boleh guna benda alah tempat masak tu. lama jugak dok teliti menu. bukan apa sebab kami semua first time mai makan sini. so memang clueless la nak makan apa. tengok gambar makanan. nampak sedap ambik. nampak menarik order. hihihik


tadaaaa. ni namanya kimchi beef stew. maafkan aku kalau nama dia salah. eceli aku dah lupa nama makanan ni. tapi aku ingat la nama makanan ni ada stew dibelakangnya. hehe. ni lah padahnya bila tengok gambar makanan terus order. asalnya dalam gambar aku nampak macam makanan ni penuh dengan cendawan but makanan ni dia penuh dengan taugeh. ohmaiiiiiiii. sampai ja makanan ni dekat meja nak pengsan aku tengok. aku tak makan sayur and yang penting aku paling benci taugeh. waaaaa. stresss. aku cuma makan daging dengan tauhu ja. nasib kuah dia sedap.


ni pulak kimchi. yucks ! aku tak suka. pertama sebab dia sayur kedua sebab dia sangatlah masam. tak suka tak suka. aku makan satu ja. lepas tu aku tak makan dah. ok sangat membazir disitu


sangat teruju bila tengok nasik dia dihidangkan dalam mangkuk kecik ni. well aku susah jugak nak makan dalam mangkuk kecik ni. aku orang melayu bukan orang korea. haha


at last ada jugak makanan yang aku suka. this is my favorite. saya sangat suka ini. sedapppppppp. ni nama dia toppoki. dalam semua semua makanan yang kami order yang ni ja menepati citarasa aku. yang lain tak pon. so sadddd

so the moral of the story kalau nak order makanan tu at least kena tahu dalam makanan tu ada apa. kang takda la keciwa dikemudian hari.

lepas ni aim nak makan dekat sini lagi. makanan yang dipilih adalah bulgogi. :)

owwhh. aku baru tahu yang kimbab tu adalah sushi. kimbab adalah panggilan sushi dalam bahasa korea dan sushi ada panggilan sushi dalam bahasa jepun. ehh noobnya aku kerana baru tahu. haha

p.s : mohon tasha ajak aku p makan kat sini lagi

8 comments:

faa.rosli said...

kat mane kedai ni ek?cam sedap je..

raziellia said...

@faa.rosli : dekat kuantan. dekat jalan beserah

ct kektus said...

mahal tak makan stew taugeh tu ? hehee

raziellia said...

@ct kektus : sedap jugak nama stew taugeh tu. sesuai sgt.haha.boleh mkn 5org hg dlm 40 ja.ok kot.xmhl sgt. heee

vinyalhaw said...

Ada landmark tak? Dekat ngan kedai mane ke? Traffic light ke berapa ke? Betul2 tepi jalan ke?

vinyalhaw said...

Ada landmark tak? Dekat ngan kedai mane ke? Traffic light ke berapa ke? Betul2 tepi jalan ke?

Unknown said...

Menu dia bnyk x?dessert dia pe?

Unknown said...

Menu dia bnyk x?dessert dia pe?