Thursday, 9 February 2012

puding karamel

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

bosan bosan bosan bosan. memang bosan kalau ada keja tapi malas nak buat. 
hari hari masak masak dan masak. basuh baju basuh baju dan basuh baju. sidai baju sidai baju dan sidai baju.
see. hari hari buat benda sama. kalau suruh tido takpa la jugak kan. {ciri ciri pemalas berleluasa dalam diri.takle buat bini nih} teehee.

aku ni tiap tiap hari kena bangun awal. nak masak. ehh ehh bukan sarapan pagi la. sarapan pagi beli ja. aku bangun awal sebab nak masak makan tengahari. kalau aku habes masak awal boleh online sambil tido.

keja dah siap takpa nak online sampai laptop meletup pon. mak mesti tak marah. kalau keja tak siap baru nak connect brukben tak sempat online lagi dah kena marah.

owhh owhhh. panjangnya mukadimah. padahal aku nak cakap aku bosan ja hari tu. hari ni pon la. pastu tetiba muncul idea nak masak dengan bahan yang memang sedia ada kat rumah ni.

pikir punya pikir aku pon terpikir yang roti kat rumah aku ni banyak. ada dua bungkus lagi tak habes. so
aku pon search la "resepi menggunakan roti" then keluar resepi puding karamel.menarik menarik. dah aku pon cuba la. 

btw, jadi kot aku buat. hari first dah buat satu loyang puding karamel. mak aku siap bawak bagi kawan kawan dia makan. soh rasa anak dara dia buat. jadi. pandai masak. untung untung esok lusa ada masuk meminang. HAHA ! 

hari second buat lagi dua loyang sebab abang aku pon bawak bagi kawan kawan dia makan jugak. nak promote adik dia reti masak la tu. malu iiii. heeeee

so aku pon nak kongsi la cara buat dengan semua orang. sebab benda ni senang ja. ilmu wajiblah dikongsi. nanti takda la semua orang cakap aku sorang ja pandai masak kan. HAHA !

nampak sedap. tapi makan lagi sedap. heeee :)

dah dah jom cepat. ambik pensil salin. ada masa free boleh buat. tak mahal pon + senang.

bahan bahan:
- 4keping roti. halal la roti apa pon. gardenia ka. hi5 ka. apa pon bolehhhh

- 1cawan susu.

- 2cawan air suam.

- 1sudu kecik esen vanilla.

- 3bijik telur.kacau kacau.pastu tapih.

- 3sudu besar gula. gula ni buat dia bagi jadi gula hangus. 
{gula hangus tu bila gula tu masak pastu jadi warna kuning kokokoko sikit.jangan jadi warna hitam. nanti pahit piang bak hang}

cara cara:
- mula mula buat dulu gula hangus tu. macam aku cakap tadi. masak biar jadi warna kuning kokokoko. bukan hitam taw. masak terus dalam loyang lagi bagus. tapi jangan sampai loyang rosak sudah la. hehe

- sementara tu panaskan dulu periuk kukus. 

- lepas tu koyak koyak roti 4keping tadi dalam blender. masukkan susu dengan air suam sama. pastu blend la roti dengan susu + air suam tadi tu.

- pastu masukkan telur dengan esen vanilla plak. blend lagi sikit.

- then masukkan semua bahan yang dah diblend dalam loyang yang ada gula hangus tadi tu.

- masukkan dalam periuk kukus. kukus selama 30-40minit.

- dah siap angkat biar sejuk dulu baru bawak keluar letak atas pinggan. dah settle :)

selamat mencuba. sedap wa cakap lu beb 

liya cakap : teringin plak dok promote promote dekat orang ni.heeee

4 comments:

tira hime said...

puding ni seng je buat, heheh dah lah sedap kalau masuk peti sejuk lagi sedap
=D

faa.rosli said...

mcm senang..nak try lah! tenks sudi share resepi!

:)

liya alia said...

@tira hime : aah kan senang. dulu masa tak reti buat kagum gila tengok orang yang reti buat. tambah tambah yang jual kat pasar ramadhan banyak banyak tu. sebab ingat susah. haha

liya alia said...

faa.rosli : try lah. memang senang. confirm jadi. iarang yang malas macam saya pon jadi kan. ahaha