Wednesday, 17 October 2012

TAHNIAH TAHNIAH dan TAHNIAH abang ! :D

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

jumaat lepas aku p johor. aku memang tak pernah kot p johor sorang sorang. tambah tambah naik bas and yang paling tak best sebab aku bertolak malam. dah la tataw berapa jam dari pahang ke johor. atas bas tongkat mata ja aku ni. takut tetidoq. nanti ntah mana hala la bas ni bawak aku kan. family aku semua p dari penang. disebabkan aku dok pahang terpaksa la p sana sorang sorang. aku p johor sebab aku nak p convocation abang aku. aceli aku tak pegi pon takpa. tapi bukan selalu kan nak merasa tengok orang konvo ni. nak tunggu aku lagi dua tahun. so apa yang terjadi aku kena pegi jugak sana. 

malam jumaat tu rumate aku bawak aku p tunggu bas. kami tunggu dalam keta. nak dok luaq gelap. bahaya untuk kami orang perempuan yang omey omey ni. haha. then bila bas dah sampai aku baru dok jalan nak p kat bas tu tetiba dia jalan. ehh what the fish ! sabaq sat. baru berenti tak sampai 5 saat dah nak jalan. dengan gagahnya aku kejaq bas tu sambil terjerit jerit macam orang gila " bas bas berenti berenti " malu i ok. jatuh saham. then bila bas tu berenti aku kena marah pulak dengan driver bas tu " dah taw bas sampai tak reti reti nak jalan cepat sikit ka " omaiii aku jugak yang salah. suara dah la satu alam boleh dengaq. pemes sat aku dalam bas tu. semua dok pakat tengok. bertambah malang bila seat aku dikebas orang. dah macam model tak bebayar aku ni p balik p balik dalam bas tu. -__-'

bila sampai johor ja abang aku yang datang kutip aku kat tepi jalan tu. dah la sampai sana pagi pagi buta. tapi aku tak takut sangat sebab tempat tu terang ramai orang and yang penting ada satu khemah polis kat situ. tetiba rasa selamat sangatt :')

disebabkan aku orang first yang sampai diantara family yang lain aku kena tidoq bilik abang aku. sebabnya nak check in hotel tak boleh lagi. bayangkan aku tidoq blok laki weh. blok yang penuh dengan jejaka jejaka. awww awww. nasib baik abang aku dok bilik yang sorang punya. best ohh skodeng jejaka jejaka kat utm ni. hensem hensem belaka. melting i taww ! haaa kan dah tergedik.

> 14.10.2012 : abang saya konvo <

le me and abang

ambik berkat semoga lepas ni aku grad secemerlang abang aku :')

chipmunks for abang from sista !

big teddy from mommy to abang. suka lettew. kita pon takda bear besaq macam ni taw. over taw abang

spongebob maksu bagi. ehh banyak betul hadiah. me is jelly ok !

abang with emak and ayah. they proud of you lah abang. me too =)

the familia. we proud of you taw. tahniah !

p.s : nanti time aku moga moga dapat banyak hadiah macam abang aku jugak. but before that aku kena make sure result aku cemerlang macam abang aku jugak la kan. hope so. amin =)

4 comments:

Wani Omar said...

pengalaman tu pergi jauh-jauh naik bas sensorang. hehe.
apa pun,tahniah utk abg anda :)

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

haha, tahniah2~

liya alia said...

@wani omar : aah kan. betul. pengalaman. nanti kalau nak pegi lagi dah taw macam mana

liya alia said...

@muhammad firdaus bin kamarudin : trimass =)