Wednesday, 9 November 2011

jerawat

Assalamualaikum dan Selamat Sejatera.

wah ni dah masuk entry yang ketiga untuk hari ni. owhhh.. dikala bosan untung jugak ada blog. bosan bosan boleh jugak buat entry entry nak bagi hangpa semua baca kan.

tetiba hari ni aku nak kongsi info sikit dengan hangpa semua. mememandangkan kat muka aku sekarang ni ada seketul encik J yang hensem aku pon tertanya tanya la macam mana la dia bole minat nak menempek kat muka aku ni kan. aku sebenarnya bukan suka pon kat encik J ni. dulu time aku sekolah menengah time form 1 sampai form 4 memang banyak la kaum kerabat encik J kat muka aku ni. macam percutian family encik J plak kat muka aku ni. sampai aku ni malu lah. 

so bila lepas form 4 encik J mula menjauhi aku sampai la sekarang. jarang la nak jumpa encik J kat muka aku. tapi kalau dia menunjukkan diri kemain besaq lagi tu ! geram aihh.. 

so sapa dia encik J tu. tak lain dan tak bukan tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
encik jerawat !!!!!!

aku rasa kalau benda alah ni ada kat perempuan mesti depa tak senang duduk. macam macam produk macam macam cara guna nak halau benda alah ni kan. aku pon macam tu jugak. tetiba ada seketul kat muka ni. dah lama tapi tak hilang hilang. kat dahi pulak tu. adoyaiiiii. benciii !!!!!!

meh meh kita tengok sikit faktor faktor adanya encik J ni kat muka kita. meh ramai ramai

1. faktor hormon la. apa lagi kan. terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur. orang kata. faktor hormon ni merupakan punca utama. betul apa. kalau ikot aku la kan. time nak period tu mula la ada seketul dua. kawan kawan aku pon macam tu. sampai boleh taw la. ada jerawat baru ja kira dekat dah la due nak period tu. hahaha.

2. faktor keturunan. boleh jadi jugak. kalau mak ayah dia ada so kemungkinan dia nak ada pon boleh jugak la. macam family aku semua orang ada jerawat time sekolah menengah. lepas tu hilang abes la. mak aku la kata. heee.

3. kosmetik. haaa. ni memang semua orang taw kot boleh bagi jerawat. sebab tu aku jarang pakai mekap. aku takut naik jerawat. takmau la cekk. kosmetik ni boleh menutup liang minyak. sebab tu yang encik J bekenan sangat tu. tapi kalau nak pakai mekap boleh aihh.. lepas pakai cuci la bersih bersih. 

4. haaa jangan tak taw stress pon boleh bagi jerawat ok. owhhhh. aku baru taw. stress menyebabkan jerawat dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.

5. terdedah kepada asap atau bahan kimia. faktor cuaca jugak mempengaruhi. besala bila kita keluar banyak bendasing yang melekat kat muka kita. kita mana taw. sebab tu lepas balik dari keluar tu mandi cuci muka bersih bersih. jangan main tidur terus.

meh aku kenal kan pulak dengan jenis jenis jerawat. jangan buat tekejut. jerawat pon ada macam macam jenis jugak. cekidaut !!

1. whiteheads - jenis jerawat yang kekal tinggal di bawah permukaan kulit

2. blackheads - jerawat ini timbul ke permukaan kulit dan kehitaman

3. papul - bonjolan kecil berwarna merah jambu yang mungkin berasa sakit jika disentuh

4. pustul - jerawat ini berwarna merah dipangkal dan bernanah dibahagian atas

5. nodul - jerawat yang besar, menyakitkan dan padu yang terdapat didalam kulit

6. sista - jerawat bernanah yang dalam dan menyakitkan dan boleh meninggalkan parut

semua info ni aku dapat dalam internet ja. heeee. kalau ada yang salah tu harap dimaafkan lah yee.
gambar gambar pon ihsan dari encik google je. :)

liya cakap : so kalau tak suka encik J jaga la muka elok elok ye. pastikan muka sentiasa bersih. jangan stress stress. bubye !

6 comments:

zOeY zAu YaH said...

kalau naik just jaga kebersihan n buat x tau...jgn runsing atau obses nk bg ilang...try lah ok..buat x tau dia ilang trus hehe...

Nyamuk Terbang said...

wuuuwuuu
dia suka naik kt dahi

liya alia said...

@zoey : untungla kak zoey takdak jerawat. cantik ja

liya alia said...

@nyamuk terbang : ha tu la. sama la ni. seketul elok ja kat dahi. besar pulak tu. benciiiii

u.m.i.e said...

sya xsuka mr J :(

liya alia said...

@umie : saya pon tak suka jugak. tak suka gilaaaaaa